Mahathir -Pak Lah berdamai…

28 03 2009

Perhimpunan agung Umno kali ini merakam sejarah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpelukan di atas pentas.

Sebelum itu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila muncul di dewan persidangan pada jam 12.29 tengahari tadi ketika majlis pergulungan ucapan sedang berlangsung.

Ketibaan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut.

Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Abdullah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.

Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggap telah melakukan perkara tidak baik.

Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat kritikal mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini. Naik ke pentas Manakala Najib dalam ucapan menerima jawatan presiden Umno, menyuarakan hasrat ahliparti untuk melihat kedua-dua tokoh tersebut berbaik-baik dan menjadi teladan kepada ahli-ahli parti.

Selepas selesai majlis penggulungan tersebut, Dr Mahathir kemudian berjumpa dan berpelukan dengan Najib sebelum melangkah naik ke pentas dan menemui Abdullah. Kedua-duanya kemudian berpelukan di atas pentas di tengah-tengah tempukan gemuruh pada perwakilan.

Dr Mahathir juga kemudiannya mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau akan menyertai Umno semula. Sebelum itu, Najib berharap dapat bersama kedua-dua “negarawan” tersebut demi kepentingan negara dan parti itu.”Harapan saya agar dapat bersama dua negarawan tersebut – Datuk Seri Abdullah dan Tun Dr Mahathir – bagi membincangkan masalah serta masa depan parti dan negara. Walaupun pertemuan pertama mungkin kekok sedikit, tetapi lama-lama kemesraan akan terjalin.

Rapatkan barisan “Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya-Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita. “Yang di bawah ini akan ikut bersama. Mereka akan mendapat inspirasi daripada negarawan kita,” katanya dalam ucapan lantang dan berapi-rapi.Beliau juga menyeru kedua-dua pihak jangan mengkritik secara terbuka, sebaliknya menyelesaikan sesuatu perkara secara dalaman

“Apabila ahli setia kepada pemimpin, pemimpin yang bersara juga perlu setia kepada parti yang pernah berjasa kepada kita. Ini merupakan kehendak perwakilan Umno,” katanya yang mendapat sorakan dan tepukan daripada perwakilan.”Hari ini Tun Dr Mahathir hadir bersama-sama kita. Saya cuba tafsir kehadiran beliau. Saya percaya dalam hati kecil beliau, darah beliau adalah darah Umno,” katanya.




KDN gantung akhbar PAS, PKR

23 03 2009

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.”Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta,” surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN. Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.




Perwakilan Umno temui ROS, minta tunda perhimpunan

23 03 2009

Sekumpulan perwakilan Umno akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) esok untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno minggu ini ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.

Antara mereka yang akan menemui ROS pada jam 2 petang esok ialah ketua Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun dari Selangor

“Kita juga hendak meminta ROS menjelaskan bagaimana Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, dibenarkan hadir dan mengundi dalam perhimpunan agung Umno kali ini,”

katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno mengikut perkara 10.1 tataetika ahli umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya terlibat dalam sogokan politik

Ketiga-tiga ejen Mohd Ali itu juga didapati bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun.

Khairy juga didapati bersalah mengikut perkara yang sama, tetapi hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

Mengulas lanjut, Kadar berkata, menurut perlembagaan parti, apabila kedua-duanya didapat bersalah, maka mereka tidak boleh hadir mesyuarat parti.Kadar juga mendakwa, 42 orang daripada perwakilan tidak layak menghadiri perhimpunan agung kali kerana muflis.





Penyokong Khir, Mukhriz yakin menang

20 03 2009

Tinggal lagi empat hari menjelang pemilihan ketua Pemuda Umno, para penyokong Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir masing-masing yakin peluang calon mereka menang adalah cerah.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Syukur Idrus berkata, peluang Dr Mohd Khir adalah cerah, berdasarkan kepada reaksi dan maklum balas daripada kempen pengenalan calon yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.Katanya, perwakilan Pemuda matang untuk memilih siapa yang akan memimpin mereka dalam pemilihan pergerakan itu

“Pemuda matang untuk berfikir dan melihat sendiri pemimpin yang mempertahankan Pemuda Umno dan menguatkan parti.

“Perwakilan rasional dan matang untuk membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Abdul Syukur yang Adun Kuang berkata kesungguhan Dr Mohd Khir untuk mengukuhkan parti, terutama Pemuda, telah mendorong ramai perwakilan Pemuda yakin dengan kepimpinan beliau.

Beliau yakin Dr Mohd Khir mampu memimpin Pemuda berdasarkan rekod prestasi dan pengalamannya mentadbir Selangor.Mengulas berhubung dakwaan rasuah dan menyeleweng dana kerajaan negeri, terhadap Dr Mohd Khir oleh Pakatan Rakyat Selangor sama ada boleh menjejaskan sokongan terhadap beliau atau tidak, Abdul Syukur berkata, dakwaan tersebut sengaja ditimbulkan untuk memburuk-burukkannya.

Selasa lalu, Lembaga Displin Umno mendapati Dr Khir Toyo yang juga ketua Umno Sungai Besar, tidakterbabit dalam rasuah atau sogokan politik atau mengadakan majlis atau pertemuan dengan perwakilan.Peluang MukhrizManakala mantan Ketua Pemuda Merbok, Abd Karim Ali pula yakin Mukhriz mampu memenangi jawatan ketua Pemuda Umno

Berdasarkan pemerhatian dan laporan daripada akar umbi, 70 hingga 80 peratus perwakilan memihak kepada ahli Parlimen Jerlun itu, demi kepentingan masa depan orang Melayu.”Dari segi mesej yang ingin dibawa, Datuk Mukhriz cukup konsisten, sejak pertamakali menyatakan hasratnya untuk bertanding, hinggalah sekarang, bagi memulihkan kekuatan Pemuda parti,” katanya.

Tambahnya lagi, keputusan lembaga displin yang menyatakan bahawa Khairy bersalah dan diberi amaran, turut memberi kelebihan kepada ahli Parlimen Jerlun itu untuk merebut jawatan ketua pergerakan itu.

“Persepsi masyarakat dan akar umbi jelas bahawa dia bersalah. Ia memberi kelebihan kepada Datuk Mukhriz dan memberi kesan (tekanan) kepada Khairy,” katanya.Sementara itu, seorang pembantu Khairy turut mengakui bahawa ketiga-tiga calon mempunyai peluang yang sama untuk memenangi jawatan kerusi nombor wahid dalam pergerakan tersebut.”Ketiga-tiga calon mempunyai peluang sama banyak untuk menang. Semua ada kelebihan,” katanya tetapi enggan mengulas lanjutketika dihubungi Malaysiakini.





Abdullah akan dilihat sebagai negarawan jika berjaya sekat Najib – Mahfuz

18 03 2009

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar meminta kekuatan dan ketegasan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak segera menghalang Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

“Saya percaya bahawa Abdullah tahu semua pihak majoriti masyarakat Melayu, bukan Melayu dan dalaman Umno tak gembira dengan peralihan kuasa ini dan kemunculan Najib ambil alih jawatan,

“Sepatutntya Abdullah kena lakukan sesuatu untuk kepentingan negara bukan kepentingan umno.Abdullah kena buat sesuatu supaya proses peralihan kuasa tidak berlaku atau berlakupun bukan kepada Najib kerana pandangan dalaman negara dan luaran juga sudah negatif kepada Najib,” katanya.
Walaupun tidak nafi kepimpinan Abdullah ada masalah tetapi segmen masyarakat melihat bahawa lebih buruk jika kepimpinan diserah kepada Najib, katanya.
Ini kerana rakyat melihat negara akan hadapi krisis lebih buruk dan negara akan kehilangan kekayaan apabila Najib ambil alih pemerintahan, ujar Mahfuz.
Najib sendiri terlalu banyak dikaitkan dengan pelbagai skandal yang membuatkan kepercayaan rakyat dan negara luar kepadanya kini semakin berkurang, katanya.
Sebab itu bagi ahi Parlimen Pokok Sena itu dalam tempoh beberapa minggu ini (sebelum pemilihan Umno), Abdullah dan ahli Umno perlu buat sesuatu supaya halang Najib .
Jika tindakan menghalang Najib berjaya dilakukan, rakyat akan menyanjung Abdullah sebagai negarawan, katanya.
“Masyarakat akan sanjung Abdullah kerana menghalang negara daripada diurus oleh orang yang tidak boleh diberi kepercayaan, maknanya dia akan dilihat oleh seorang negarawan dan walaupun dia buat itu ada personal interests tetapi masyarakat akan lihat ini satu kepentingan semua pihak,” katanya.

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019900&Itemid=85





Datuk Zaid: Siapakah Calon Yang Layak Dilantik Menjadi PM?

18 03 2009

Kalaulah betul seperti yang dikatakan oleh Datuk Zaid Ibrahim berlaku, maka tercatat lagi dalam tinta sejarah, saat paling memilukan buat TPM Dato’ Seri Mohd.Najib bin Tun Abd.Razak

Semasa beliau berucap di majlis makan tengahari Royal Rotary Club di ibu negara hari ini, bekas ketua bahagian Umno dan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, terdapat ahli-ahli parlimen parti itu yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Siapakah calon-calon itu agaknya?? mungkin ada pendapat daripada blogger2 yang lain, bolehlah beri pandangan…





Zaid Cadang YDP AGONG Tidak Lantik Najib Jadi PM

18 03 2009

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meminta Yang Dipertuan Agong melantik Perdana Menteri baru di kalangan anggota Parlimen yang boleh diterima rakyat

.
Bagi beliau, perlantikan bakal Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

“Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas,” kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen sebagaimana yang dilaporkan Mstar hari ini.

Zaid berkata demikian ketika berucap pada majlis anjuran Rotary Club di sini hari ini.Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.

“Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa,” katanya.

“Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.

“Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah,” kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu.

“Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

“Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya yang merupakan bekas de facto Menteri Undang-undang yang meletakkan jawatan ekoran tangkapan empat orang, termasuk Teresa Kok, di bawah ISA tidak lama dulu.

“Tiada beban perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Presiden Umno sebagai Perdana Menteri.

“Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas,” kata beliau.





Pelik…kertas jampi dijumpai di bawah meja PM

18 03 2009

Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya. Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti

.Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.

Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk. Menurut laporan itu lagi, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.

Untuk kepastian lanjut, pasukan polis menghantar objek-objek kepada Jabatan Kimia. Hasil siasatan dilaporkan belum diketuai. Mengulas laporan akhbar itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak.





Penyokong Ali Rustam Jumpa PM

17 03 2009

KUALA LUMPUR, 17 Mac Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertemu Perdana Menteri Selasa malam meminta beliau mempertimbangkan keputusan melarang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.Kumpulan penyokong dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang itu, berkumpul di TUDM Subang kira-kira pukul 9 malam bagi menunggu ketibaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Indonesia yang tiba kira-kira pukul 10.45 malam.
Ketua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Mohd Yusoff Kassim ketika ditemui media di sini malam ini berkata mereka sempat menemui Abdullah dan menyampaikan harapan supaya Presiden parti itu mengkaji semula keputusan yang dibuat.
“Kami meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk melarang Mohd Ali (bertanding) dan beliau memberikan respons yang positif,”
katanya.Menurut Mohd Yusoff, pada pertemuan hampir 20 minit itu, Abdullah berjanji akan memikirkan perkara itu dan akan menemui Mohd Ali esok
Lewat petang tadi, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Mohd Ali dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti setelah beliau didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, yang melibatkan politik wang.
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang merupakan calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.Lembaga itu bagaimanapun mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak melanggar tataetika ahli parti.




Khir Toyo yang putih bersih..

17 03 2009

Datuk Seri Dr. Khir Toyo telah diumumkan tidak bersalah oleh lembaga disiplin UMNO Malaysia pada petang ini. Saya ucap tahniah dan sangat merasa terharu yang tidak terhingga kepada Khir Yoyo kerana selama ini saya tak tahu bahawa Khir toyo ini putih bersih sebersih embun, putih bagikan kain putih, tidak ada walau satu titik hitam pun..

kepada blogger-blogger janganlah lepas ini tuduh lagi Khir Toyo , dia manusia yang paling jujur dan paling baik dan tidak pernah melanggar etika parti, jangan tuduh dia kerana dia memang tak pernah bagi duit barang satu sen pun kepada sesiapa saja yang menjadi perwakilan. Berdosa kalau kita tuduh dia, Lembaga disiplin pun dah sahkan dia tidak bersalah..so tidak bersalah..

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen juga menyatakan masalah ini hanyalah masalah etika saja bukannya masalah jenyah..so kepada MB Selangor TS Khalid Ibrahim saya nasihatkan, agar tak payahlah mebongkar apa saja perbuatan yang kononnya Khir Toyo buat salah semasa jadi Menteri Besar, sebab dia dah terbukti, tidak pernah rasuah, bersih, dan orang paling jujur di alam maya ini..

Seperti kata dalam blognya Wak Paiman Wahjidi , macam mana Lembaga Disiplin nak mendapati beliau salah , yang bagi duit bukan Khir Toyo dan bukan orang Khir Toyo, yang bagi tuh hanya toyol toyol yang mengagih rezeki hasil ……. nak hukum sapa , kata kawan-kawan Wak Paiman ? takkan nak hukum toyol.”

Hebat betul….khir toyo..