Zaid Cadang YDP AGONG Tidak Lantik Najib Jadi PM

18 03 2009

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meminta Yang Dipertuan Agong melantik Perdana Menteri baru di kalangan anggota Parlimen yang boleh diterima rakyat

.
Bagi beliau, perlantikan bakal Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

“Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas,” kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen sebagaimana yang dilaporkan Mstar hari ini.

Zaid berkata demikian ketika berucap pada majlis anjuran Rotary Club di sini hari ini.Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.

“Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa,” katanya.

“Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.

“Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah,” kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu.

“Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

“Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya yang merupakan bekas de facto Menteri Undang-undang yang meletakkan jawatan ekoran tangkapan empat orang, termasuk Teresa Kok, di bawah ISA tidak lama dulu.

“Tiada beban perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Presiden Umno sebagai Perdana Menteri.

“Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas,” kata beliau.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: