Pelik…kertas jampi dijumpai di bawah meja PM

18 03 2009

Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya. Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti

.Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.

Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk. Menurut laporan itu lagi, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.

Untuk kepastian lanjut, pasukan polis menghantar objek-objek kepada Jabatan Kimia. Hasil siasatan dilaporkan belum diketuai. Mengulas laporan akhbar itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak.





Penyokong Ali Rustam Jumpa PM

17 03 2009

KUALA LUMPUR, 17 Mac Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertemu Perdana Menteri Selasa malam meminta beliau mempertimbangkan keputusan melarang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.Kumpulan penyokong dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang itu, berkumpul di TUDM Subang kira-kira pukul 9 malam bagi menunggu ketibaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Indonesia yang tiba kira-kira pukul 10.45 malam.
Ketua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Mohd Yusoff Kassim ketika ditemui media di sini malam ini berkata mereka sempat menemui Abdullah dan menyampaikan harapan supaya Presiden parti itu mengkaji semula keputusan yang dibuat.
“Kami meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk melarang Mohd Ali (bertanding) dan beliau memberikan respons yang positif,”
katanya.Menurut Mohd Yusoff, pada pertemuan hampir 20 minit itu, Abdullah berjanji akan memikirkan perkara itu dan akan menemui Mohd Ali esok
Lewat petang tadi, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Mohd Ali dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti setelah beliau didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, yang melibatkan politik wang.
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang merupakan calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.Lembaga itu bagaimanapun mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak melanggar tataetika ahli parti.




Khir Toyo yang putih bersih..

17 03 2009

Datuk Seri Dr. Khir Toyo telah diumumkan tidak bersalah oleh lembaga disiplin UMNO Malaysia pada petang ini. Saya ucap tahniah dan sangat merasa terharu yang tidak terhingga kepada Khir Yoyo kerana selama ini saya tak tahu bahawa Khir toyo ini putih bersih sebersih embun, putih bagikan kain putih, tidak ada walau satu titik hitam pun..

kepada blogger-blogger janganlah lepas ini tuduh lagi Khir Toyo , dia manusia yang paling jujur dan paling baik dan tidak pernah melanggar etika parti, jangan tuduh dia kerana dia memang tak pernah bagi duit barang satu sen pun kepada sesiapa saja yang menjadi perwakilan. Berdosa kalau kita tuduh dia, Lembaga disiplin pun dah sahkan dia tidak bersalah..so tidak bersalah..

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen juga menyatakan masalah ini hanyalah masalah etika saja bukannya masalah jenyah..so kepada MB Selangor TS Khalid Ibrahim saya nasihatkan, agar tak payahlah mebongkar apa saja perbuatan yang kononnya Khir Toyo buat salah semasa jadi Menteri Besar, sebab dia dah terbukti, tidak pernah rasuah, bersih, dan orang paling jujur di alam maya ini..

Seperti kata dalam blognya Wak Paiman Wahjidi , macam mana Lembaga Disiplin nak mendapati beliau salah , yang bagi duit bukan Khir Toyo dan bukan orang Khir Toyo, yang bagi tuh hanya toyol toyol yang mengagih rezeki hasil ……. nak hukum sapa , kata kawan-kawan Wak Paiman ? takkan nak hukum toyol.”

Hebat betul….khir toyo..





Apakah hanya dua ekor tupai saja yang jatuh ke bumi??

17 03 2009

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah yang terjadi kepada dua calon utama pertandingan Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini.

Mereka didapati bersalah mengamalkan politik wang (rasuah) dan melanggar disiplin parti oleh Lembaga Disiplin Umno. Mereka yang dibabitkan kesalahan adalah:

1. Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden. Kerana kesalahan itu dia diharamkan bertanding jawatan berkenaan.

2. Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda. Dia diberikan amaran tetapi tidak diharamkan daripada bertanding.
Pengerusi lembaga, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, memberitahu sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bebas daripada segala tuduhan.

Dengan penyingkiran Mohd Ali, pertandingan jawatan Timbalan Presiden adalah antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Muhd Taib.
Dalam sidang akhbar itu, Tengku Ahmad Rithauddeen mengumumkan hasil penyiasatan membabitkan 29 orang ahli parti. Sepuluh digantung keahlian selama tiga tahun bermula 12 Mac dan diberikan surat amaran.

Keputusan penyiasatan terhadap Mohd Ali tidak memeranjatkan kerana buat sekian lama wujud pelbagai tuduhan dan spekulasi mengenai pembabitannya dalam kegiatan yang melanggar disiplin dan peraturan parti, termasuk mengamalkan politik wang. Yang pasti memeranjatkan umum adalah perbezaan antara hukuman berat yang dijatuhkan ke atas Mohd Ali dengan hanya amaran yang dikenakan ke atas Khairy.
Khairy serta merta mengisytiharkan dirinya tidak bersalah tetapi senada dengan itu berkata dia menghormati keputusan lembaga itu.

Soalnya, bagaimanakah di suatu pihak dia berkata dia tidak bersalah sedangkan di pihak yang lain dia berkata dia menghormati keputusan Lembaga Disiplin yang mendapatinya bersalah? Malaysiakini dalam laporannya memetik Khairy sebagai berkata: “Yang penting adalah saya hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding. Saya masih akan bertanding.”
Menantu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi itu berkata ada percubaan (agenda) untuk menyekat beliau daripada bertanding. Turut didapati bersalah mengamalkan rasuah politik wang adalah wakil Mohd Ali yang juga Setiausaha Politiknya, Saadun Basirun. Saadun digantung daripada parti selama tiga tahun.
Khairy juga didapati bertanggungjawab ke atas salah laku wakil. Tetapi kesalahan wakil Khairy, menurut Tengku Ahmad Raithauddeen, adalah lebih ringan daripada Saadun. Maka ada tupai yang jatuh “gedebuk” ke tanah yang keras dan ada yang jatuh atas rumput yang lembut. Namun jatuh tetap jatuh dan terpalit lumpur tetap terpalit juga.
Soalnya apakah hanya dua ekor tupai yang terjatuh ke bumi? Apakah yang sudah atau sedang terjadi dengan ratusan aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin? Apakah politik wang yang diheboh-hebohkan itu melibatkan dua orang calon ini sahaja?
Kalau begitu eloklah. Kalau tidak, apa yang terjadi kepada ikan-ikan besar yang lain?





Ali Rustam : hajat nak peluk gunung, tapi tangan tak sampai…

17 03 2009

Hari ni 17hb Mac merupakan hari paling malang sekali dalam hidup Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno. Walaupun tidak tidak digantung keahliannya dalam Umno kes ini sangat memberi tamparan yang paling hebat dalam hidupnya.

Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.
Perkara 10.1 itu berbunyi: Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.
Dengan itu, pertandingan bagi jawatan tersebut kini menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Kes ini bukanlah kali pertama berlaku, sebelum ini kes yang serupa berlaku kepada tan Sri Isa Samad Lembaga Disiplin Umno te menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden.

Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithuaddeen mendapati beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Salim Shariff yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut digantung keahlian selama sepenggal atau tiga tahun. .Semua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ketua Umno bahagian Teluk Kemang digantung. Pada 6 Julai 2005 , Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Isa Samad tapi mengurangkan hukuman penggantungan dari 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Pada 23 Jun 2008, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri menghantar surat kepada Isa Samad

Seperti kata Najib, harap ” Mohd Ali Rustam terimalah dengan hati yang terbuka”.. memang betul kata Najib tu.. jesteru itu wajarlah Mohd.Ali Rustam meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka, seperti mana Tan Sri Isa b.Samad meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dalam tahun 2005.





ALI KENA? KJ KENA? KHIR KENA?

17 03 2009
Makin riuh dah orang dok bercakap di sana sini bahawa ada nama-nama besar dalam UMNO akan menghadapi tindakan disiplin, yang memungkinkan mereka hilang kelayakan bertanding dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung kira-kira seminggu lagi.Antara yang disebut-sebut dah menerima surat tunjuk sebab ialah calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Selain itu calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pun disebut-sebut juga.Nama-nama lain boleh ditemui di sini.Sahih atau tak, tak tau la. Kalau nak tau, kita pakat-pakat la tunggu sidang akhbar Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen petang esok (17 Mac 2009).

sumber: http://depa-kata.blogspot.com/2009/03/ali-kena-kj-kena-khir-kena.html





Malang Sungguh ……

17 03 2009

Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam muka depan Utusan Malaysia hari ini tersiar berita gempar berkemungkinan besar beliau dikenkan tindakan oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang ini selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

3 calon Timbalan Presiden ialah Datuk Seri Mohd.Ali Rustam, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin-pemimpin terbabit.

Pegawai calon-calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini berkata mereka tidak tahu menahu mengenai khabar angin tersebut.

“Kami meneruskan kempen seperti biasa,” kata pegawai seorang calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini. Menurutnya, dalam masa 10 hari terakhir ini, pihaknya akan meningkatkan kempen di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.”Malam ini, majlis memperkenal calon-calon di sebuah hotel di Shah Alam,” katanya.
Reaksi Mohd Ali dan Muhd Taib