Penyokong Ali Rustam Jumpa PM

17 03 2009

KUALA LUMPUR, 17 Mac Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertemu Perdana Menteri Selasa malam meminta beliau mempertimbangkan keputusan melarang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.Kumpulan penyokong dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang itu, berkumpul di TUDM Subang kira-kira pukul 9 malam bagi menunggu ketibaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Indonesia yang tiba kira-kira pukul 10.45 malam.
Ketua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Mohd Yusoff Kassim ketika ditemui media di sini malam ini berkata mereka sempat menemui Abdullah dan menyampaikan harapan supaya Presiden parti itu mengkaji semula keputusan yang dibuat.
“Kami meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk melarang Mohd Ali (bertanding) dan beliau memberikan respons yang positif,”
katanya.Menurut Mohd Yusoff, pada pertemuan hampir 20 minit itu, Abdullah berjanji akan memikirkan perkara itu dan akan menemui Mohd Ali esok
Lewat petang tadi, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Mohd Ali dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti setelah beliau didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, yang melibatkan politik wang.
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang merupakan calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.Lembaga itu bagaimanapun mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak melanggar tataetika ahli parti.

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: