Gobind Singh Deo digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun

16 03 2009

Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun selepas mengaitkan timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda membantah.
Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Pembentangan usul tersebut dibantah keras oleh pembangkang, sehingga menimbulkan kebuntuan hampir satu jam.
Pandikar hanya dapat mengawal keadaan pada kira-kira 12.30 tengahari dan membenarkan ahli-ahli parlimen membahaskan usul tersebut.Usul terhadap ahli parlimen Puchong kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.

Minggu lepas, anak lelaki Pengerusi DAP Karpal Singh itu digantung tugas sehari kerana kenyataannya tersebut.Teks lengkap usul seperti berikut:1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkatJawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB timbalan perdana menteri, ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telahmengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Dan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimenkawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimenkawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dankemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.
Kuasa Speaker Sebelum itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berhujah bahawa walaupun ia boleh dibahaskan sebagai usul ‘tergempar’, tetapi notis selama tujuh hari diperlukan sebelum ia dibahaskan.Sebaik sahaja usul itu dibaca, Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan tidak diserahkan kepada Dewan untuk memutuskannya.
Beliau berkata, adalah jelas menurut Perintah Tetap 80(1) bahawa perkara itu dikehendaki dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan. Bagaimanapun, Pandikar Amin berkata Speaker mempunyai kuasa yang luas dan mutlak untuk mentafasirkan Perintah Tetap. Katanya, Dewan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan oleh itu beliau mahu ahli Dewan membahas dan membuat keputusan mengenainya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: