Pak Lah tak sedia serah kuasa?

14 03 2009

Semalam saya bertanya, apa dah jadi kepada siasah Malaysia? Hari ini saya bertanya, apa dah jadi kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Benarkah beliau berasa berat untuk mengosongkan persada kuasa negara? Atau, benarkah beliau sudah menyediakan sepucuk surat bertarikh 3 April 2009 untuk menyerahkan kuasa kepada penggantinya? Kenapakah Abdullah seolah-olah berdolak-dalik? Kenapakah Abdullah seolah-olah mahu heret situasi politik yang tidak stabil di negara ini hingga ke peringkat yang paling maksimum?
Abdullah boleh terus jadi Perdana Menteri jika itulah kehendak dirinya sendiri. Beliau juga boleh terus berkuasa jika itulah kehendak penasihat-penasihatnya. Teruskanlah. Tapi, jangan salahkan sesiapa jika UMNO mungkin ranap dan BN mungkin musnah dalam PRU13 kelak. Dan, jangan salahkah sejarah jika Abdullah dikenang sebagai Perdana Menteri yang amat tidak sensitif kepada jeritan suara hati rakyat jelata Malaysia seluruhnya.
Kalau esok Abdullah mahu tubuhkan kerajaan perpaduan bersama-sama PKR, lakukanlah segera. Apa salahnya jika itulah yang terbabik untuk Malaysia. Lagi pun ura-ura mengenainya pun sudah merata hingga ke ceruk desa.

Jika esok Abdullah mahu singkirkan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, singkirkanlah mereka dengan segera jika itulah caranya untuk mengukuhkan UMNO tulang belakang kepada BN. Tiada siapa boleh membantah kerana itulah prerogatif Perdana Menteri.
Tapi awas. UMNO bukan milik Abdullah. Kerajaan Malaysia juga bukan milik penasihat-penasihat Abdullah. Hakikatnya, UMNO milik ahli-ahlinya. Kerajaan Malaysia milik rakyat jelatanya. Jangan perkecil-kecilkan kuasa akar umbi UMNO dan jangan pula perlekehkan kuasa rakyat.
Apa pun, insaflah. Peperangan dan keamanan pun ada etikanya. Konflik dan persengketaan juga ada batas-batasnya. Politik juga bukan semata-mata mengenai percaturan kuasa. Oleh itu, jika Abdullah (baca: penasihat-penasihat Abdullah) bercadang melakukan sesuatu kejutan, lakukanlah secara bijaksana. Jangan sampai kejutan itu juga menyebabkan rantaian kejutan yang lebih serius kepada kesejahteraan nusa dan bangsa tercinta.
Oleh itu, rakyat jelata Malaysia yang dibelenggu kebimbangan, saya harap mereka pegang kenyataan Abdullah sebelum ini. Sebagai seorang gentlemen, pastinya Abdullah akan mengundurkan diri dan menyerahkan kuasa kepada individu yang berhak menerimanya. Kepada Allah Berserah.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: