"Tak mahu, tak mahu.. dedah lagi..kesian saya.."

12 03 2009

Selepas membangkitkan pelbagai dakwaan semalam, seorang wakil rakyat PKR cuba memprovokasi lagi Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) mendakwa agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan ke luar negara bekas menteri besar Selangor itu ada “hubungan kekeluargaan” dengan Dr Mohamad Khir

.”Adakah menteri besar sedia maklum, syarikat itu Green Adventure Holiday Sdn Bhd mempunyai kaitan dengan keluarga dengan mantan menteri besar (Dr Mohamad Khir)?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan mengenai kos perjalanan ketua kerajaan negeri itu.

“Apakah langkah bagi memastikan perkara ini tidak berulang, apabila satu syarikat memonopoli perjalanan menteri besar ke luar negara.”Pemimpin PKR itu sebelumnya mengemukakan soalan bertulis berhubung kos perjalanan Dr Mohamad Khir sebagai menteri besar dan agensi yang menguruskannya

Dalam jawapannya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kos tambang bagi 21 perjalanan udara bekas menteri besar itu dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134.Destinasi-destinasi yang dikunjungi termasuklah London, Beijing, Los Angeles, Dubai, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.Tambah Abdul Khalid, perangkaan itu tidak termasuk jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta kos-kos lain yang berkaitan kerana ia masih dalam semakan

.Menjawab dakwaan Azmin tentang syarikat itu, menteri besar berkata pihaknya tiada bukti untuk mengaitkan Dr Mohamad Khir dengan agen perjalanan itu.Tambahnya, kerajaan negeri bawah pimpinannya membuat keputusan melantik syarikat pelancongan Tourism Selangor Sdn Bhd untuk menguruskan perjalanan bagi pihak kerajaan negeri. Bagi mengelakkan amalan monopoli dalam hal ini, kerajaan negerijuga mengalu-alukan agen-agen perjalanan lain untuk turut serta.”

Tapi setakat ini kita dapati kebanyakan exco lebih berminat untuk membeli tiket secara dalam talian terutama syarikat penerbangan AirAsia kerana kos yang tinggi jika melalui agen,” katanya.Azmin semalam membangkitkan beberapa isu yang ditujukan terhadap Dr Mohamad Khir, yang juga ketua pembangkang di DUN itu.

Isu-isu itu termasuklah pemberian jam mahal RM150,000 sewaktu menjawat pengerusi anak syarikat kerajaan negeri PNSB, perbelanjaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) ke Disneyland di Tokyo dan Hong Kong, dan juga pembelian hartanah di Arab Saudi.Ditemui ketika sidang berhenti rehat tengah hari tadi, Azmin berkata Green Adventure Holiday bukan sahaja memonopoli perjalanan menteri besar tetapi juga perjalanan exco negeri dan anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).Katanya, perkara ini dapat dikesan dua hingga tiga bulan sebelum ini.

Bagaimanapun, tambahnya, terdapat juga satu atau dua syarikat lain yang terlibat tetapi penglibatan mereka terhad.Diminta mendedahkan identiti ahli keluarga Dr Mohamed Khir, Azmin berkata beliau difahamkan, terdapat ahli keluarga terdekat wakil rakyat Sungai Panjang yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.Ditanya sama ada kes itu akan diajukan kepada siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) DUN, beliau berkata “tidak pasti”.Azmin juga menjangkakan perkara itu akan disentuh dalam penggulungan menteri besar dalam sidang DUN nanti.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: