Pak Lah Perlu Tunda Serah Kuasa…..

10 03 2009

Tidak sampai dua minggu lagi, Dato’ Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi akan mengikut jejak Tun Dr. Mahathir. Beliau kembali menjadi orang paling berkuasa di dalam pemerintahan Malaysia menjadi orang biasa. Dan perhimpunan Agong UMNO pada 25hb Mac ini, ucapan yang kali terakhir sebagai Presiden UMNO. Sejarah akan mencatatkan bahawa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri yang paling singkat memegang jawatan Perdana Menteri..namun apa boleh buat, segalanya telah ditakdirkan, segalanya sudah suratan..hanya setakat setahun lebih sahaja beliau memerintah negara.

Teringat peristiwa masa lalu, dalam tahun 2002, semasa Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri, ramai anggota kabinet menagis, merayu, ada yang sampai patah kasut tumit tinggi dan bermacam-macam lagi..semuanya tercatat dalam sejarah tanah air, hari yang paling sedih gitu..

Inilah kehidupan, nikmat berada di atas tidak kekal lama. Sama seperti roda, berpusing. Sekarang berada di atas, esok berada di bawah.

Namun berita yang kuat, dan bertiup kencang kini ialah, Ketua UMNO Muar Datuk Kadar Ninam Shah dan ahli UMNO Subang, Datuk Mazlan Harun mahu mendapatkan perintah injuksi mahkamah kerana kes politik wang gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agong, apakah ini satu harapan lagi untuk Dato Seri Abdullah?, jika ini berlaku, akan membawa peristiwa paling malang buat TPM. Datuk Kadar Ninam Shah dan Datuk Mazlan tidak gentar dengan ugutan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang meningatkan Fasal 20.7. Perlembagaan UMNO. Fasal itu menyebut, mana-mana ahli yang membawa parti ke mahkamah, seseorang itu akan terlucut menjadi ahli UMNO…

Maka dengan itu, Dato’ Seri Abdullah, perlulah bertindak dengan tenang, menunda penyerahan kuasa beliau kepada Dato’ Seri Najib yang dirancang pada 25hb Mac ini..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: