Kesan 8 hb Mac: Politik Negara Tidak Menentu

10 03 2009

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 merupakan pilihan raya umum yang ke 12, saya kira pilihanraya paling bersejarah dicatat dalam sejarah tanah air. Pilihanraya yang dijalankan pada 08hb Mac 2008, setelah Parlimen dibubarkan pada 13hb Februari 2008 telah banyak mengubah landskap politik negara. Apa tidaknya, dalam PRU yang ke 12 ini ialah BN telah tidak dapat menguasai Parlimen 2/3, satu tamparan yang paling hebat dan perit untuk dihadapi. Itu adalah setahun yang lalu.

Kini setelah setahun lebih keadaan dan politik nasional berubah setelah 5 buah negeri ( kini tinggal 4 negeri) jatuh kepada pembangkang telah banyak membuka mata semua pihak. Sudah hilang segala tahyul, yang menyatakan hanya BN yang mampu memerintah dan bermacam-macam tomohan lagi dilemparkan kepada parti pembangkang.

Gegaran politik menggegar bermula apabila ADUN Changkat Jering dan Behrang masing-masing didakwa menerima rasuah seks dan sogokan lebih RM123.400 membabitkan satu projek perumahan yang bernilai RM 180j di Seri Iskandar.

Penafian demi penafian dibuat pada awalnya, namun persepsi penangkapan mereka ada kaitan dengan konspirasi politik tidak dapat ditolak oleh oleh masyarakat umum. Kisah ini diburukkan lagi apabila 3 orang ADUN yang tiba-tiba menghilangkan diri dan akhirnya mengisytiharkan diri keluar daripada Pakatan Rakyat, menjadi calon bebas yang menyokong BN. Maka, akhirnya “tumbangnya” kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat.

Walaupun pemerintahan Pakatan Rakyat telah tumbang di Perak, namun kuasa V.Sivakumar selaku Speaker Negeri Perak tetap tidak berubah. V.Sivakumar masih Speaker yang sah walaupun Pakatan Rakyat telah tumbang.

Selepas Perak, berjangkit di Selangor pula, Exco kerajaan Pakatan Rakyat, Elizabeth Wong Keat Ping menjadi mangsa fitnah individu dan pihak bertanggungjawab, tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan apabila gambar separuh bogel beliau disebarkan di internet. Perbuatan dan serangan ini amat jelas sangat berniat jahat. Beliau telah menawarkan untuk melepaskan jawtan Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal-ehwal Pengguna serta ADUN Bukit Lanjan, sebelum dinasihati mencari ketenagan dan bercuti di luar negara.

Sultan Selangor menyerahkan kepada Khalid Ibrahim tetapi baginda begitu murka dan bimbang dengan tindakan pencerobohan peribadi digunakan untuk menghancurkan maruah seseorang.

Sejuk seketika di Selangor, berjangkit pula di Kedah. ( macam teori domino pulak rasanya…), isunya, kononnya seorang exco kedua dikatakan telah menghina Sultan Kedah. Sumber yang diperolehi ini daripada sekeping surat layang, macam mana tuduhan fitnah dari surat layang sangat diambil berat?, Bila isu ini ditepi dan dicabar oleh MB Kedah supaya menyatakan nama exco itu, tidak pula sesiapa yang menyahut cabaran MB Kedah ini.. maka.. senyap seketika..

Pastinya kesan PRU ke 12 akan mencorakkan lagi landskap politik negara yang sudah dipenuhi dengan warna warni ketika ini….


Actions

Information

5 responses

10 03 2009
Zolkharnain Abidin

blog ini telah dilinkkan dengan http://bongkarsauh.blogspot.com/

11 03 2009
Mak Su

saya khuatir dengan apa yang berlaku di Perak sanašŸ˜¦

11 03 2009
DrSam

jika suara rakyat diketepi dan tidak dihiraukan lagi, apalah ertinya demokrasi itu.

11 03 2009
sirnik

salam…Zolkharnain Abidin,

terima kasih melawat, link blog saya..saya amat menghargainya..

11 03 2009
sirnik

salam..mak su.

mak su terima kasih melawat blog saya.mak su antara yg berjuta rakyat di malaysia yg merasai kekhuatiran apa yg berlaku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: