Adnan Yaakob Menghitung Hari?

9 03 2009
MB Pahang

Tiba-tiba saja Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob mengumumkan akan bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Apa sebenarnya yang berlaku ini sehingga menyebabkan beliau mengubah strategi daripada tidak bertanding apa-apa jawatan kepada bertanding pulak.. Secara umumnya sesiapa pun boleh bertanding dalam UMNO, seandainya kouta mencukupi, hatta untuk jawatan Presiden sekalipun ahli UMNO boleh bertanding, namun kes yang berlaku pada Menteri Besar Pahang ini menarik jugalah untuk dianalisis.

Ramai yg mempertikaikan perubahan pendirian beliau itu, tapi itulah kenyataannya. Menurut MB Pahang ini, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat rakan-rakan dan para penyokongnya ( memang bagus mempunyai kawan seperti ini, ada penasihat…) yang mahu beliau menawarkan diri untuk jawatan di peringkat pusat. Demi kawan-kawan beliau, MB Pahang itu terpaksa ikut nasihat itu.

Menurut pemerhati politik yang tidak bergaji ini, sangat memberi isyarat perubahan politik besar-besaran akan berlaku sebaik sahaja Najib menggantikan Abdullah sebagai Presiden UMNO hujung bulan ini.

Adnan sebelum ini ialah pemimpin UMNO yang paling lantang bersuara menentang rasuah. Beliau menyifatkan amalan rasuah atau politik wang dalam pemilihan UMNO pada kali ini sebagai” paling parah”.

Menurut sumber, Adnan risau memikirkan nasibnya di pasca pemerintahan Pak Lah nanti. Ini kerana terdapat petunjuk bahawa Najib mahu ditadbir oleh menteri besar yang baru. Jika ini menjadi kenyataan, ia adalah khabar duka buat Adnan yang telah satu dekad berada di kerusi MB itu.

Jesteru untuk menjamin kedudukannya kekal, Adnan memerlukan jawatan dalam parti bagi meningkatkan kuasa tawar menawar. Tanpa apa-apa jawatan tiada apa yang dapat dipertahankannya. Malah beliau boleh ditendang begitu sahaja dari kedudukannya sekarang.

Langkah untuk tidak bertanding apa-apa jawatan akan menghancurkan kerjaya politiknya. Belum lambat untuk beliau mengubah strategi dan mengumumkan akan bertanding merebut jawatan dalam parti.

Kini Adnan akan menghadapi pertandingan merebut jawatan MKT, perebutan jawatan yang paling sengit. Jelas sumber itu lagi, desas-desus Najib mahukan calon Menteri Besar Pahang yang baru sangat membimbangkan Adnan. tapi tentu Najib mempunyai strategi lain untuk negerinya pahang dengan menjenamakan semula kepimpinan UMNO.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: