Jika sidang atas pokokpun, ia tetap sah ..

4 03 2009

Dalam menangani kemelut politik di Perak, penganalisis politik Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff mempunyai pandangan begini. “Jika di atas pokok pun ia sah”, itu pandangannya ketika ditanya mengenai kesahihan “persidangan tergempar” itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi ini.

Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,” katanya kepada Bernama.

Petikan berita mStar


Actions

Information

2 responses

5 03 2009
Mak Su

eh, sir Nik tukar template dah.

sidang lah kat mana pun, yg pentingnya intipati

5 03 2009
sirnik

salam..maksu..tukar biar nampak cool sikit..

tekasih melwat blog saya maksu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: