Zambry Kadir : Jangan Berselindung di sebalik Istana

28 02 2009

Walaupun sudah lebih tiga minggu dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru, rasa tidak selesa jelas menghantui Zambry Abd.Kadir dalam memegang status barunya itu. Semuanya disebabkan oleh persepsi dan pandangan orang ramai, khususnya rakyat di negeri Perak terhadap dirinya serta barisan exconya yang dianggap berjaya ke jawatan tersebut atas faktor nasib semata-mata.

Tidak boleh siapapun boleh menafikan, kemelut yang berlaku di Perak ini jelas amat menjejaskan imej Zambry sendiri yang telah dilebalkan sebagai konotasi yang mengaibkan termasuk gila kuasa. Walhal apa yang berlaku ini berpunca daripada perancangan berprofil tinggi pihak tertentu di peringkat atasan yang sangat memerlukan peralihan kerajaan atas sebab-sebab yang melibatkan kepentingan peribadi masing-masing.

Tekanan dari situasi yang berlaku sekarang, khususnya apabila Speaker DUN Perak telah menggantungnya selama 18 bulan, dipercayai sangat mengganggu pemikiran dan perasaannya. Cuma sebagai ahli politik berpengalaman, Zambry tidaklah menonjolkan secara terbuka..

Dengan kemelut yang berlaku semakin rumit, Zambry sangat memerlukan satu lonjokan dan pengaruh untuk membuatkan dirinya diterima oleh semua rakyat Perak sebagai Menteri Besar, namun sehingga ke hari ini, apa yang dihasratnya kurang memberangsangkan malah sokongan terhadap Dr.Mohd.Nizar semakin hari semakin bertambah.

Kemana-mana Zambry pergi, ungkapan yang kerap digunakan oleh beliau ialah “ Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak”. Ia sering diucapkan tidak kira walau dalam majlis rasmi atau tidak rasmi, contohnya semasa sesi soal jawab dengan para wartawan. Ia bagaikan satu cara mudah untuk melepaskan diri daripada sebarang persoalan atau suara yang mempertikaikan kesahihan perlantikannya.

Zambry sendiri tentunya sedar, dan memang sedar! dirinya bukan dilantik atas mandat rakyat! Kerajaan Perak yang sebenarnya dilantik oleh rakyat, telah ditumbangkan dengan cara tidak demokratik. Jadi untuk mendakwa beliau Menteri Besar pilihan rakyat adalah salah sama sekali.

Sebab itulah, Zambry sehingga sampai ke tahap merayu kepada rakyat Perak agar menerimanya sebagai Menteri Besar. Mungkin Zambry sememangnya terdesak kerana amat sukar baginya menjalankan kerja dalam keadaan orang melihat dirinya dengan pelbagai tanggapan negetif. Merampas kuasa dengan cara menganinya pihak lain, bukanlah satu kaedah yang mahu dilihat rakyat. Bukan sahaja, mereka yang melakukannya akan tidak dihormati, malah kerajaan dan kepimpinan Zambry akan terus dibelenggu dengan pandangan yang amat jijik di mata masyarakat di Perak.

Langkah yang paling berkesan untuk mengatsai masalah ini ialah hanya dengan satu cara sahaja. caranya ialah dengan pembubaran DUN Negeri Perak. Sesiapa saja yang menang dalam pilihanraya itu nanti akan menerajui negeri Perak, tidak kira sama ada ada dari Pakatan Rakyat atau BN. Dengan cara ini sajalah persepsi rakyat terhadap Zambry akan diterima oleh seluruh rakyat Perak..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: