Isu Sebenarnya: Miskin Tegar Di Pulau Pinang, Rumah ‘Kotak" DI Terengganu!

28 02 2009

Ketua Menteri Pulau Pinang

Datuk Azhar Ibrahim- Ketua Pembangkang P.Pinang

Sepintas lalu, timbul persoalan di kalangan banyak pihak yang mendokong perjuangan Pakatan Rakyat tentang kewajaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng mendedahkan kesukaran pihaknya mengatasi masalah miskin tegar di negeri Pulau Pinang.
Dalam kenyataan Lim Guang Eng pada Ahad ( 22 Feb ) lalu, beliau mengakui hasrat kerajaannya menghapuskan miskin tegar yang diumumkan tahun lalu tidak dapat dijalankan berikutan masalah kesukaran membuka akaun amanah. Walau bagaimanapun, beliau berharap agar masalah ini dapat diatasi menjelang Mac nanti dan hasrat menghapuskan miskin tegar dapat disempurnakan menjelang penhujung tahun ini.
Seperti biasa, ekoran pengakuan terus terang itu, Guan Eng telah menjadi sasaran, kecaman dan sasaran para pemimpin BN. Mereka menggunakan sepenuhnya kesempatan dari kejujuran ketua menteri itu untuk menghentamnya kembali.
Walau bagaimanapun, dalam keghairahan mereka menyerang Guan Eng, para pemimpin BN sebenarnya secara tidak sengaja mendedahkan beberapa kelemahan mereka sendiri. Mereka mendakwa usaha membasmi kemiskinan tegar bukannya sukar sangat. Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Dr. Hilmi Yahya membandingkannya dengan usahanya yang pernah dibuat BN dalam menubuhkan Tabung Sumbangan Saliran.
Ia bukannya susah sangat, bentang dalam Dewan Undangan Negeri dan bila mendapat persetujuan, sudah boleh diteruskan, mudah” katanya, seperti mana yang dilaporkan oleh media cetak pada 24 hb Feb.
Kenyataan senada itu turut disuarakan oleh Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar b.Ibrahim. Beliau yang juga Ketua Pembangkang Pulau Pinang, membayangkan betapa masalah ini boleh diselesaikan sekiranya kerajaan negeri mahu menyelesaikannya.
Keyakinan dua pemimpin utama BN Pulau Pinang itu memang boleh diterima dan rasional jugak. CUMA YANG SUKAR DIFAHAMI, JIKA BENAR KAEDAH MEMBASMI MISKIN TEGAR SEBEGITU MUDAH, MENGAPA SEPARUH ABAD DI BAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN BN DULU, MASALAH INI MASIH TIDAK DAPAT DIBASMI?
Atau apakah fenomena miskin tegar di Pulau Pinang ini hanya wujud sebaik saja negeri Pulau Pinang diambil alih oleh PR? Tentu sekali tidak bukan? Malah kewujudan keluarga miskin tegar diakui sentaiasa berlaku di bawah kerajaan BN sebelum ini lagi.
Penasihat Kementerian dan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu kenyataannya sebagai reaksi kepada isu ini malah mengakui sebelum kerajaan negeri diambil alih PR, masih terdapat tidak kuarang 190 keluarga miskin tegar di negeri itu.
Jesteru, jika kerajaan berusia setahun jagung dikatakan gagal membasmi kemiskinan tegar, apa pula lebel yang patut diberikan kepada bekas kerajaan yang memerintah negeri itu sejak merdeka lebih 50 tahun dahulu??

Itulah hakikat yang paling pahit yang sukar diterima oleh BN. Mereka lebih nampak cacat-cela kerajaan PR sedangkan fenomena kemelaratan, kemiskinan tegar ini berlaku juga di negeri-negeri yang diperintah oleh BN, contohnya di Terengganu.

Secara kebetulan, di tengah-tengah kehangatan media mempolemikkan isu miskin tegar di Pulau Pinang, terbit laporan kehidupan daif sebuah keluarga di Terengganu, negeri yang diperintah oleh BN. Sebuah keluarga dengan 6 orang anak yang masih bersekolah dilaporkan terpaksa hidup dalam kedaifan di Kampung Banggol Setar, Setiu. Akhbar itu menyifatkan rumah usang tempat keluarga ini berteduh itu ibarat sebuah “kotak mancis”.

Lebih mendukacitakan, akhbar itu turut memetik pengakuan keluarga berkenaan bahawa kedaifan hidup mereka sudah lama berada dalam pengetahuan JKKK Kampung berkenaan. Malangnya, kata dia, setakat hari ini belum ada sebarang bantuan yang diterima dari mana-mana jabatan kerajaan. Apa sudah jadi ni….??


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: