Isu kereta dan lembu: Sultan Selangor terima penjelasan MB

26 02 2009

Menteri Besar Selangor

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) – “Tiada bantahan menggunakan kereta peribadi…lembu korban sebagai usaha kebajikan.”Demikian kenyataan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung titah pendirian Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya semalam.

Menurut Khalid, baginda Sultan Selangor tidak mempunyai halangan dan membantah penggunaan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.

“Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur dipatuhi.

“Berkenaan isu derma lembu korban pula,Tuanku Sultan tiadak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah,malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak,”jelas Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Tambahnya, baginda bertitah demikian sewaktu beliau mengadap Tuanku Sultan semalam di Istana Mestika,Shah Alam untuk memberikan taklimat tentang hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri termasuk mengenai segala tohmahan mengenai derma lembu korban dan tuntutan penyelenggaraan kereta persendirian.

Sementara itu, Khalid yang turut mengulas isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa, beliau akan menulis surat kepada suruhanjaya tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan Pengerusinya baru-baru ini.

Selain itu tambahnya, “satu proses undang-undang akan diambil terhadap Pengerusi Gerak atas segala tohmahan salahguna kuasa seperti yang disiarkan dalam media sebelum ini.”
“Setiap keputusan kerajaan negeri adalah berlandaskan undang-undang dan mengutamakan kepentingan rakyat secara keseluruhannya,”tegasnya. –


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: