Krisis Politik Perak : Sebenarnya Kerajaan Zambry Lumpuh

25 02 2009

Prof. Undang-Undang Dr.Abd.Aziz Bari

peta Perak

Sebenarnya perancangan yang terburu-buru BN akan memberi impak yang bukan kecil. Sebelum ini tiada siapapun yang mengetahui betapa besarnya kuasa Speaker Dun Perak, V.Sivakumar. Semuanya bermula apabila Umno terlupa speaker. Umno hanya menumpukan bagaimana nak “menculik” tiga orang bekas Adun yang melompat dan bagaimana nak mengusir Dato Seri Nizar sebagai MB Pakatan Rakyat ( PR ) tanpa menyedari bahawa orang yang mereka patut “culik” terlebih dahulu adalah Speaker DUN Negeri Perak.

“Mengandaikan bahawa Zambry dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah secara betul, beliau sekarang berhadapan dengan kuasa Speaker yang juga sah. Ini betul-betul pertembungan buku dengan ruas”. kata pensyarah Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari .

Aziz berkata, Speaker selaku kuasa tertinggi dalam dewan, baik di Parlimen dan di DUN, mempunyai kuasa multak mempertahankan kemuliaan dewan dengan memastikan segala urusannya selaras dengan Perlembagaan Negeri.

Bidang kuasa Speaker termasuklah memberi tafsiran kepada Peraturan Tetap ( Standing Orders) iaitu Undang-Undang yang merangkumi perjalanan dewan. Menurut Aziz Bari lagi, kedudukan kuasa Speaker tidak boleh dicabar dan mahkamah sendiri, dalam beberapa kes, enggan campur tangan.

Itu semua adalah manifestasi doktrin pengasingan kuasa di mana dewan perundangan, eksekutif dan badan kehakiman mempunyai bidang kuasa masing-masing. Sebab itu Wakil Rakyat diberi keistimewaan dan tidak boleh disaman di mahkamah, atas ucapan di dalam dewan”, jelas beliau.

Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan persekutuan menisytiharkan darurat di Perak, Aziz berpendapat tindakan sedemikian boleh membawa lebih banyak kesulitan kepada BN.

Sama-sama lah kita lihat apa yang akan berlaku nanti apabila persidangan DUN Perak diadakan nanti.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: