Khalid Dedah Penyelewengan Khir Toyo

24 02 2009

Tanggal o1hb Janauri 2009 nama Badan Pencegah Rasuah telah ditukar menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perubahan nama tersebut sebenarnya tidak dapat mengubah badan itu daripada terus menjadi boneka UMNO dan BN. Saat suruhanjaya itu diluluskan di Parlimen yang berkuatkuasa pada 01 hb januari 2009, ramai yang meletakkan harapan yang tinggi agar SPRM akan menjadi badan yang adil, bebas tegas dan berani dalam membanteras gejala rasuah tanpa mengira pangkat, status dan fahaman politik. Namun apabila dengan cepatnya SPRM bertindak untuk mendakwa Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim atas tuduhan “penyalahgunaan kuasa” dalam isu pembelian lembu korban dan penyelenggaraan kereta rasmi MB sangat jelas menunjukkan SPRM terus menjadi alat demi kepentinagn parti pemerintah…

Tidak sukar untuk membuat tafsiran betapa tindakan ini lebih bermotifkan poltik semata-mata. Melihat kepantasan SPRM bertindak jelas menunjukkan dakwaaan itu dibuat dengan niat mahu menjejaskan reputasi Khalid, Kerajaan Negeri Selangor dan Parti Keadilan. Dakwaan terhadap Khalid ini juga berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ( dan berkemungkinan besar di Bukit Lanjan ) seandainya ADUN nya Elizabeth Wong diputuskan oleh pemimpin parti Keadilan meletakkan jawatan yang kini bercuti.

Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim, seperti yang telah didedahkan beberapa hari yang lalu, bersama panel siasatan yang baru dibentuk akan mendedahkan tiga penyelewangan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya 8 hb Mac tahun lalu. Menurut TS Khalid, penyelewengan itu berkaitan tindakan Datuk Seri Khir Toyo cuba mengelak cukai, menukarkan sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri dan pembelian apartmen di Makkah untuk “tujuan yang meragukan’. Menurut TS Khalid lagi, (dakwaaan beliau..entah betul ataupun tidak memerlukan siasatan yang terperinci), semasa menjadi MB Selangor, beliau mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN).

Demi keadilan bagi kedua-dua pihak, dialu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan YAB TS Khalid Ibrahim ini serta merta, biarlah sama pantas dengan tindakan yang diambil kepada TS Khalid jugak..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: