Siapa Ibrahim Ali Kalau Tidak Guna Lambang PAS???

21 02 2009

PAS yang tidak senang dengan kelantangan Datuk Ibrahim Ali di Dewan Rakyat menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu “tidak mengenang budi” dan menggesanya meletakkan jawatan.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam PAS “seolah-olah beliau sahaja yang betul”, lapor Bernama.”Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan,” beliau dipetik berkata semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Takiyuddin, yang juga exco Kerajaan Tempatan, Pelancongandan Kebudayaan Kelantan, berkata ahli parlimen bebas itu meminta untuk bertanding pada pilihanraya umum Mac tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasannya pernah menolak cadangan itu.”Tok Guru (Nik Abdul Aziz) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu,” katanya, seperti dilaporkan.Mengenai kemungkinan Ibrahim menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.

“Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS,” katanya.Semalam, ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat dilaporkan keluar dari Dewan Rakyat susulan tidak berpuas hati terhadap kata-kata terhadap pembangkang dan berlaku perang mulut sehingga menjadikan dewan kecoh.

Ibrahim sebelum itu menyindir anggota parlimen yang didakwanya bersikap hipokrit apabila tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Kekecohan terus berlaku apabila Ibrahim menggunakan perkataan “bangsa asing” yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) kemudian meminta Ibrahim menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.

Ibrahim kemudian meminta maaf dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai yang disebut kerana mendakwa Gobalakrishnan membuat provokasi terhadapnya. Tidak lama selepas itu, dewan menjadi panas semula apabila Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) mempertikaikan sikap Ibrahim yang didakwa seolah-olah hanya beliau yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu.

Perang mulut sekali lagi berlaku apabila Ibrahim enggan memberi laluan kepada Khalid yang inginkan penjelasan menyebabkan Khalid keluar dari Dewan.Kecewa dengan sikap pembangkang dan ucapannya yang sering diganggu, Ibrahim kemudian menghempaskan songkok yang dipakai di atas meja sebelum sebahagian besar wakil pembangkang keluar Dewan.

sumber : malaysiakini.

Actions

Information

2 responses

21 02 2009
paRi- paRi

macam2ny perangai ahli politik ni..

tak tau word ape yg terbaik utk di berikan kepada mereka2 ni..

adoi!~

21 02 2009
sirnik

betul pari-pari..politik kadang2 memeningkan!!!

tkasih memberi ulasan dalam blog saya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: