KU LI Ulangi Pendirian Nizar Masih MB Yang Sah- Malaysiakini

15 02 2009

KU LI

YB Tengku Razaleigh
Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status MenteriBesar.Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.Dua prinsip perlu dijelaskan:Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yang dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalan keabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira.

Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut.

Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan.

Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan


Actions

Information

6 responses

16 02 2009
mgmp1

Assalamu’alaikum
Salam hangat dari Indonesia

Bagaimana kabar Sir Nik sekeluarga di Malaysia…?

Saya punya satu pertanyaan:
Apakah ada pengaruh yang signifikan antara bentuk pemerintahan Kerajaan Malaysia terhadap “iklim demokrasi” rakyat Malaysia?
Terima kasih

Wassalam
Lis Indra

17 02 2009
Mak Su

pening kepala main catur, pening juga kepala tengok percaturan politik

19 02 2009
DrSam

satu penjelasan yang ringkas dan padat. Jika ada yang masih tidak faham, atau buat-buat tidak faham memang fahaman mereka songsang.

21 02 2009
sirnik

salam….Lis saya sekeluarga sihat..malaysia mengamalkan corak pemerintahan demokrasi raja berpelembagaan, iaitu Raja atau Yang Dipertuan Agong adalah ketua negara.sebenarnya corak demokrasi yg diamalkan di M’sia sama juga dnegan negara2 lain termasuk Indonesia, iaitu pemerintahan yg menggunakan suara rakyat bagi menentukan pemerintahan ataupun tampuk pemimpin negara. YDPD (Yang Dipertuan Agong atau Ketua Negara Malaysia)memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan lain-lain lagi. Bagi Malaysia Lis Indra, Parlimen melambangkan sistem demokrasi.kerana wakil-wakil rakyat dilantik oleh suara rakyat.

walau bagaimanapun, dalam corak pemerintahan pula terdapat pelbagai akta-akta yang kononnya mendapat tentangan kerana ada yang menganggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri ( Internal Security Act (ISA) akta yang paling ditakuti kerana zalim penahanan seseorang tanpa perbicaraan. Walau bagaimanapun pihak kerajaan mempunyai alasan yang tersendiri tentang akta itu.

Pergoalakan poltik bermula apabila parti Pemerintah (BN) telah kehilangan 5 negeri di tangan Pakatan Rakyat ( kini tinggal 4 setelah Perak) digulingkan pada 06Feb 2009 yang lalu)

21 02 2009
sirnik

salam maksu..

kuasa sebenarnya di tangan rakyat..biarlah rakyat yg tentukan corak dan iklim politik di malaysia

21 02 2009
sirnik

salam Dr Sam,

terima kasih memberi ulasan dalam blog saya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: