Sultan Azlan Shah: Sejarah Mencatat Sebagai Hakim Paling Muda Dalam Negara

14 02 2009

Raja Azlan Shah menjadi Ketua Hakim Nagara

Sultan Perak

Raja Azlan Shah, putera Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Sultan Perak yang ke 32(1948-1963), dilahirkan di Batu Gajah, pada 19haribulan April 1928, sewaktu ayahandanya hanya bergelar Raja Kecil Tengah, ( kedudukan ke 5 dari taktha Kesultanan Perak ), sementara bondanya Toh Puan Besar Hatijah binti Dato’ Wangsa Ahmad hanya orang kebanyakan.

Zaman kecilnya tiada seorangpun di kalangan kerabat diraja yang membayangkan cucunda Sultan Abd.Jalil, Sultan Perak yang ke 29 ( 1916-1918) dan cicit Sultan Idris Mursyidul Shah, Sultan Perak yang ke 28 ( 1888-1916 ) ini akan menjadi Sultan Perak, apabila telah dewasa kelak. Malah semasa ayahandanya, Sultan Yusuf Izzuddin Shah menjadi Sultan Perak, Raja Azlan Shah hanya berkedudukan Raja Kecil Bongsu, iaitu Raja Bergelar paling bawah.

Perlantikan ini dibuat oleh ayahandanya pada 19haribulan Ogos 1962, ketika Raja Azlan Shah berusia 33 tahun. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Raja Azlan Shah bermula pada saat ayahandanya Sultan Yusuf mangkat pada tahun 1963. Susunan raja bergelar berubah dengan Raja Muda Perak, Raja Idris Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke 33.

Bintang Raja Azlan Shah semakin bersinar pada tahun 1978 apabila berlaku dua kematian serentak iaitu Raja Ekram ( Raja Dihilir) pada 02haribulan Januari 1978 dan Raja Lope Nor Rashid ( Raja Kecil Besar) pada 01hb Ogos 1978, telah memberi peluang kepada Raja Azlan Shah mendaki dua tangga berturut-turut dan tuah sekali lagi menyebelahi baginda apabila kebetulan pula Raja Muda Perak, Raja Muda Musa mangkat pada tahun 1983.

Raja Azlan Shah dilantik sebagai Raja Muda Perak pada 1haribulan Julai 1983, 7 bulan kemudian, pada 31haribulan Januari 1984, Sultan Perak, Sultan Idris pula mangkat dan Sultan Perak ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke 34 pada 03hb Februari 1984. Seterusnya pada 26haribulan April 1989, ketika berusia 61 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke 9( 1989-1994 ).

Dalam bidang perundangan pula, Raja Azlan Shah bermula sebagai pelajar Undang-Undang Universiti of Nottingham pada tahun 1950. Raja Azlan Shah pulang ke tanah air pada tahun 1955 dan bertugas sebagai Majisteret Kelas Pertama (1955-1956), kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Seksyen (tahun 1957-1959). Pada tahun 1959, ketika berusia 31 tahun, baginda dilantik sebagai Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwaan Awam Penasihat Undang-Undang Pahang ( 1959-1961 ), Penasihat Undang-Undang Negeri Johor ( 1961-1963 ). Seterusnya baginda telah dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari tahun 1963 hingga 1965.

Pada pertengahan tahun 1965, dalam usia baru mencecah 37 tahun, Raja Azlan Shah,( Raja Kecil Tengah) gelaran baginda pada masa itu, mencipta sejarah yang paling gemilang kerana dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, hakim paling muda dalam sejarah negara sekaligus yang termuda di kalangan negara-negara Komanwel.

Orang yang berperanan penting di belakang kejayaan baginda ialah Tun Sir James Thompson, Ketua Hakim Negara pertama, beliaulah yang membuat penilaian terhadap Raja Azlan Shah yang disifatkan sebagai pengamal undng-undang yang sangat berwibawa serta mempunyai disiplin, dedikasi serta ketekunan yang tinggi terhadap tugas yang diberikan kepada beliau.

Tun Sir James pernah membayangkan Raja Azlan Shah akan berjaya sampai ke peringkat yang tertinggi kerjaya perundangnya pada masa hadapan. Kata-kata itu menjadi kenyataan apabila Raja Azlan Shah dilantik menjadi Ketua Hakim Negara ke 4 pada 12hb November 1982, ketika berusia 54 tahun. Raja Azlan Shah telah meletakkan jawatannya pada 13hb Februari 1984, kerana dilantik menjadi Sultan Perak, berikutan kemangkatan Sultan Idris Shah ibni Sultan Alang Iskandar, Sultan Perak yang ke 33 ( 1963-1984 ).

Sultan Azlan Shah

  1. Diputerakan di Kampung Manggis, di daerah Kampung Gajah, Perak pada 19hb April 1928.
  2. Putera kedua Raja Kecil Perak ( Raja Yusuf Izzudin Shah dengan Hatijah binti Ahmad -Toh Puan Besar.
  3. Putera pertama di dunia di dunia menuntut dalam jurusan Undang-Undang University Of Nottingham, England.
  4. Bertemu dengan Bainun binti Mohd.Ali ( Tuanku Bainun ) di Lapangan Terbang Heathrow, London pada tahun 1954 dan melangsungkan perkahwinan di Kuala Kangsar pada tahun 1955.
  5. Mempunyai 2 orang putera dan 3 orang puteri ( Raja Nazrin Shah, Raja Ashman, Raja Azureen, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia )
  6. Diiktiraf sebagai Hakim Terbaik Komanwel.
  7. Diiktiraf sebagai raja memerintah yang mempunyai kelayakan profesional tertinggi antara negara di dunia yang mengamalkan sistem beraja.
  8. Tidak memberi perkenan kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohd.Nizar untuk membubarkan DUN pada 06hb Februari 2009 yang lalu.

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: