Nizar Bakal Dikenakan ISA , lucut gelaran Dato Seri..?

10 02 2009

ISA Akta paling digeruni…

Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

“Dato’ Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.”

“Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato’ Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.

Perkara ini seolah-olah benar-benar akan berlaku dimana petang semalam Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan di bawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar Haram, Zambry Abdul Kadir berada disebelah beliau. Tidak cukup dengan itu, Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Dato’ Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan. Begitulah permintaan dan kehendak pemimpin Umno yang kini sudah kehabisan modal untuk menghapuskan pengaruh besar Nizar di Perak.

Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi. Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah.

Sumber: harakah
Sila klik sini untuk maklumat lanjut ISA


Actions

Information

7 responses

11 02 2009
rantong

Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.

“Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah”.

“Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan”.

“Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman”.

“Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang”.

“Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.”.

“Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini”.

View Profile: Rantong

11 02 2009
sir NIK

salam…..rantong

terima kasih kerana sudi melawat dan memberi ulasan yang sangat bernas sekali..saya sangat menghargainya…

11 02 2009
aH Lian~

hai,
entah ape2 jer
politik zaman sekarang.
semua menuding jari
sesama sendiri.
dunia akhir zaman.
Nauzubillah!

11 02 2009
DrSam

Apalah sangat pada nama itu. Biar Allah yang maha adilmenjadi hakim, tidak di alam ini akan diadili dialam baqa kelak.

cuma dapat berdoa semoga yang dizalimi akan mendapat petunjuk dan perlindungan dariNYA.

11 02 2009
sir NIK

salam…cik ian..

terima kasih kerana sudi mengulas serba sedikit. blog saya bukanlah blog politik, namun saya ada jiwa, ada rasa.. terima kasih kerana selalu mengunjung blog saya yg tak seberapanya ni..

11 02 2009
sir NIK

salam..dr sam..betul tu..

19 02 2009
Man

Saya dan berjuta rakyat malaysia adalah pejuang Bahasa Ibunda Malaysia,Kami penyambung dari pejuang yang terdahulu untuk memartabatkan bahasa melayu dan kini ditukar kepada bahasa malaysia.Bahasa melayu dulu dipejuangkan sehingga menjadi bahasa ibunda negara malaysia dan semua bangsa yang ada kena belajar bahsa melayu untuk buat segala urusan dalam negara malaysia. sebab itu sekarang kita lihat betapa bangga apa bila ada bangsa bukan melayu yang fasih bertutur dalam bahasa melayu. Begitu lah juga apa yang diperjuankan oleh PPSMI (GMP) harus dipandang tinggi sama seperti pejuang haiwan,alam sekitar atau pun yang lain2 dimana terdapat segelintir rakyat dan juga pemimpin yang berpengatahuan tinggi atau pun,yang tidak ambil peduli/sambil lewa terhadap apa yang diperjuangkan mereka. Gelaran anasir terhadap mereka adalah satu yang terlalu biadap! begitu juga apa yang di sebut DS Nizar kepada sultan perak yang penuh rendah diri menyebut “Menyembah Derhaka” yang sepatutnya kita ambil rendah diri ini ibaratkan anak yang cuba menerangkan atau menegur pada bapa atau ibu mereka tentang apa yang mereka suruh adalah salah. bayangkan seorang anak yang mahu bercakap pada bapanya untuk menyatakan sesuatu yang dia tak mahu buat apa yang disuruh sudah pasti anak soleh/solehah berkata begini “maaf ayah/ibu saya tak berniat nak melawan…..”ini adalah bahasa yang sopan terhadap ibu dan bapa kita.tapi adakah penderhaka bahasa sendiri tahu apa ayat yang paling sopan utuk menegur atau memberitahu tindakan sultan adalah itu adalah salah??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: