Berita Gempar : Kerajaan Pakatan Rakyat Tumbang Di Perak..

4 02 2009
Dato’ Seri Mohd.Nizar b.Jamaluddin

5:06pm BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim – yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari – kembali semula kepada Umno.Nasaruddin menafikan beliau “diculik” seperti dakwaan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.4:25pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu akan menyertai Umno.Kedua-duanya kini berada di pejabat timbalan perdana menteri.Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun dan ahli parlimen BN sebelum mengadakan sidang akhbar khasnya jam 4 petang ini.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim – yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari – juga kelihatan di pejabat Timbalan Presiden Umno itu. Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong kelihatan di Putrajaya.3.52pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut. Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak.kemaskini 3:25pm Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dalam sidang medianya tadi memaklumkan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim “diculik”.


Actions

Information

4 responses

4 02 2009
piNky LuCiA

tul ke berita ni?
hmm.. kpd laa sume2 ni suka sgt melompat2.. nak jd katak pun bukan.. klu da pilih tu.. nape nak lompat2.. huru hara kerajaan je.. sume sengal.. ape nak jd ngn pemerintah zaman skrg.. melayu ngn melayu pun nak gaduh.. adusss..

4 02 2009
Aida Alias

tak ramai org yg betul2 ikhlas nak membela nasib rakyat.. dan harapnya yg ada ni, mereka jujur dlm kepimpinan.. ekonomi pn dah makin teruk sekarang…

4 02 2009
sir NIK

salam….saya pun masih belum pasti, keputusannya esok apabila sultan perak membuat keputusan esok sama ada bubar DUN atau tidak..

8 02 2009
sir NIK

betul tu aida. bisnes ni sangat menguntungkan bayangkan dapat duit berjuta-juta sapa yg tak gelap mata..ahli politik mcm ni tidak ada prinsip,mereka ini boleh dipanggil pelacur politik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: