Pemandangan yang jarang dilihat…..

3 02 2009

Sedang minum susu..sihat untuk kesihatan

abg zamri dengan “MIKEL”

MIKEL merenung semasa saya mengambil photonya..

Menangis digigit …..

“Seronok tu..jaga-jaga deh…”

Bergurau senda…………

Entri kali ini sedikit berbeza dengan sebelumnya. Semasa pulang ke kampung ari itu, sempat aku melawat rumah kawan aku di Selising Kota Bharu, kawan lama tak jumpa, dalam seronok aku berborak terpandang aku di rumah jiran sebelah rumah kawan aku tu beruk yang dipelihara untuk tujuan memanjat kelapa. Lalu aku dengan bantuan kawan aku tu, meminta izin untuk melihat dari dekat haiwan tu. Beruk atau nama saintifiknya M.nemestrina dalam keluarga Cercopithecdae.


Menurut Abang Zamri, tuan punya beruk nya ini namanya “MIKEL”, paling disayangi, paling diharapkan dalam memanjat pokok kelapa ( pekerjaan yang biasa dilakukan di negeri Kelantan). ( betul jugak..takkan orang pulak nak naik panjat pokok kepala tu… tinggi pokok melebihi 30meter sape yang berani panjat ya tak..?? ). Menurut beliau lagi, “MIKEL” ini amat patuh dengan arahan tuannya..kalau naik kereta pulak, tak mahu dok di bahagian belakang, nak dok di depan, siap kena pakai tali pinggang keledar lagi..tu..! Pagi, minuman istimewa MIKEL ialah “Kopi Tongkat Ali” nak tergelak pun ada jugak mendengar penjelasan daripada abg zamri tu..( betul jugak..nak keje panjat pkok kelapa tu, memerlukan tenaga yang kuat, ya tak..!)

Menurut ceritanya lagi, dalam suatu pagi, dalam perjalanan untuk pergi berkerja, dalam di persimpangan lampu isyarat, kereta beliau yang berhenti di lampu isyarat. pada masa tu MIKEL yang sedang duduk di bahagian depan kereta dengan siap pakai tali pinggang keleder (betul la tu..untuk jaga keselamatan..kalau tak pakai kang..kena saman pulak nanti..hehe), telah mengejutkan penunggang motosikal yang yang berhenti di sebelah keretanya..

Walaupun pekerjaan ini nampak melucukan, ( memang tidak ada di tempat lain saya kira..), namun jasa-jasa haiwan ini amat besar sekali dalam menjana pendapatan penduduk kampung di Kelantan.

Gambar di atas tu pula, anak abg zamri bermain-main dengan anak beruk ( pemandangan biasa ..). dalam tak semena-mena dia digigit..cian dia…!!!


Actions

Information

2 responses

4 02 2009
fahmi latiff

Pagi, minuman istimewa MIKEL ialah “Kopi Tongkat Ali”

heheheh… boleh tahan mikel ni kalah fahmi…🙂

4 02 2009
sir NIK

macam tulah Mi…tak minum tongkat lai, merajuk pula x nak wat keje..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: