Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein: Bapa Pembangunan Negara Paling Mashyur..

2 02 2009

Negarawan Terbilang

Bapa Pembangunan Negara..

Tun Abd.Razak bin Dato’ Hussein telah lama meninggalkan kita, namun perginya negarawan terbilang di London pada hari Rabu 14hb Januari 1976 bersamaan 11 Muharram kira-kira 6.30 petang ( waktu semenanjung pada masa tu: masih berbeza 1 jam dengan negeri-negeri Malaysia Timur) ketika itu masih berumur 54 tahun. Tun Abd.Razak meninggal dunia akibat penyakit “acute leukemia” masih dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai Perdana Menteri yang sukar dicari ganti. Tun Abd.Razak ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi agama, bangsa dan negara. Beliau menderita penyakit leukemia beberapa tahun sebelum kematiannya, tetapi hanya doktor peribadinya sahaja yang mengetahui akan penyakit tersebut. Sedangkan isterinya, keluarga dan rakyat jelata disembunyikan dari penyakit tersebut agar mereka tidak merasa bimbang ataupun susah hati. Demikianlah ciri-ciri pemimpin sejati yang hadir dalam hidup Tun Abd.Razak bin Dato’ Hussien, perginya meninggalkan nama yang harum mewangi dikenang bangsa sepanjang zaman dengan gelaran abadi ” Bapa Pembangunan”.

Fakta-fakta berkaitan Tun Abd Razak.

  1. Anak sulung kepada Dato’ Hussien bin Awang Mohd Taib, Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang dan Teh Fatimah binti Daud.
  2. Tun Abd.Razak dilahirkan pada 11hb Mac 1922 di Pulau Keladi, dalam Daerah Pekan, Pahang dalam zaman Sultan Abdullah Mutassim Billah ibni Sultan Ahmad Al-Muadzam (1917-1932).
  3. Sejarah hidup Tun Abd.Razak semasa kecil penuh dengan kepayahan. Walaupun anak seorang pembesar Pahang. Tun Abd.Razak telah dipelihara oleh datuknya, Awang Mohd.Taib di sebuah rumah di Jambu Langgar, Pekan.
  4. Tun Abd.Razak sendiri terpaksa berjalan kaki berulang-alik sejauh 4 batu berkaki ayam setiap hari berbekalan duit belaanja sekolah satu sen sehari untuk ke Sekolah Umum di Langgar.
  5. Kecerdikan Tun Abd.Razak terserlah semenjak di sekolah rendah lagi dan berdasarkan pencapaian baiknya dalam pelajaran, beliau telah terpilih menyambung pelajaran menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934.
  6. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di England pada tahun 1947. Tun Abd.Razak pulang ke Tanah Air pada tahun 1950, beliau terus dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
  7. Pada 01hb. November 1950, ketika baru berusia 28tahun, Sultan Abu Bakar melantik Tun Abd.Razak sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar, menggantikan ayahnya Dato’ Hussien bin Mohd Taib yang telah meninggal dunia.
  8. Penghujung tahun 1950, Tun Abd.Razak telah menjadi ahli UMNO Cawangan Kuala Lipis dan tidak lama kemudian terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO menggantikan Tun Hussien Onn.
  9. Pada 04hb September 1952, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis dari Muar, Johor yang bernama Cik Rahah binti Mohd.Noah.
  10. Pada 25hb Julai 1955, beliau bertanding dalam Kawasan Parlimen Semantan (Pekan ) dan menang. Seterusnya pada 09hb Ogos 1955, beliau dilantik menjadi sebagai Menteri Pelajaran.
  11. Pada 01hb Januari 1956, beliau menyertai rombongan merdeka ke London. Dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dalam bulan September 1957.
  12. Pada tahun 1959, beliau dilantik oleh Tunku Abd.Rahman Putra Al-Hajj, Perdana Menteri sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, pada masa inilah Tun Abd.Razak telah menubuhkan FELDA.
  13. Pada 31hb Ogos 1959, ketika berusia 39 tahun beliau dikurniakan Darjah Yang Mulia Setia Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran TUN, merupakan penerima darjah kebesaran paling muda.
  14. Tun Abd.Razak mencapai kedudukan tertinggi dalam kerjaya politiknya apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-2, ketika berusia 48 tahun pada 23hb September 1970, apabila Tunku Abd.Rahman Putra Al-Hajj meletak jawatan.
  15. Menjelang bulan September 1975, Tun Abd.Razak bertolak ke London dan dimasukkan ke London Clinic pada 22hb september kerana menghidap penyakit “acute leukemia”. Tiga minggu kemudian ( 14hb Januari 1976 ) ketika berusia 54 tahun Tun Abd.Razak, pemimpin yang dikasihi rakyat menghembuskan nafas yang terakhir.
  16. Jenazahnya dibawa pulang ke tanah air dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur bersebelahan dengan kubur sahabat karibnya Tun Dr.Ismail.

Fakta Penting Tentang Tun Abd.Razak yang jarang diketahui umum.

  • Tun Abd.Razak mempunyai 12 orang adik beradik. Beliau anak sulung, tetapi hanya mempunyai seorang adik perempuan seibu sebapa bernama Maimunah.
  • Dua hari sebelum kematiannya, Tun Abd.Razak telah memberitahu sahabat karibnya, Taib Andak, “Yib, jangan beritahu Rahah saya akan mati…..”


Actions

Information

6 responses

2 02 2009
aH Lian~

salam sir Nik.
tun abdul razak,
memang dibanggakan.
but,
anak dier?
cik ian sgt tak sukerrr…
eh, kumen emo lak!

2 02 2009
PJ selamba

erm
like father like son?
tidak sama sekali
jauh berbeza bapak dan anak

2 02 2009
sir NIK

salam..terima kasih kerana melawat blog saya.dan sudi meninggalkan ulasan..saya amat hargainya..!

tentang anaknya saya tak mahu komen..

2 02 2009
sir NIK

salam PJ Selamba..terima kasih atas ulasan anda tu..tentang anaknya saya tak layak untuk memberi apa-apa komen..:)

2 02 2009
PJ selamba

wslm
sir mengajar katne?
subjek ape?
sejarah & geografi err?

p/s: pj mmg suka blog yg penuh info camni. keep it up bro!

2 02 2009
sir NIK

salam..PJ..saya di sekolah mengajar subjek sains di sekolah. sudah hampir 13 tahun saya mengajar subjek sains. namun subjek sejarah adalah subjek yang paling saya gemari, saya gemar akan sejarah negara..gemar membaca buku sejarah. setiap ulasan saya adalah fakta yang saya prolehi daripada pelbagai sumber, antaranya Arkib negara, Muzium Negara, Muzium-muzium negeri, perpustakaan-perpustakaan negeri serta buku-buku yang saya baca. Niat saya cuma satu, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang mungkin sudah terlupa akan fakta 2 sejarah..

apapun terima kasih atas ulasan saudara PJ..saya amat menghargainya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: