Perak: Negeri Paling Panjang Di Malaysia

1 02 2009

Peta Malaysia: Perak

Peta Negeri Perak

Negeri Perak boleh diibaratkan seperti seekor ular yang sedang menjalar. Demikianlah kesimpulan dalam memperkatakan keadaan bentuk muka bumi negeri Perak ini. Saya sekeluarga pernahlah beberapa kali melawat negeri Perak, iaitu di Taiping, Lumut dan banyak lagi lokasi. Saya akan menceritakan serba sedikit berkaitan dengan negeri Perak..

  1. Negeri Perak merupakan negeri yang paling panjang di Malaysia.
  2. Keluasan negeri Perak ialah 21.005km yang menyusur dari Selatan Thailand hingga ke Kalumpang, Selangor.
  3. Perak merupakan negeri yang paling banyak sejarah, negeri yang ke tiga terbesar selepas Sarawak dan Pahang.
  4. Negeri Perak merupakan yang kedua paling ramai penduduk selepas Negeri Selangor.
  5. Negeri Perak terbentuk daripada 10 buah daerah yang terdiri daripada Kuala Kangsar ( Bandar Diraja ), Perak Tengah, Perak Hilir, Perak Hulu, Larut, Matang (Taiping), Manjung, Batang Padang, Kerian, Kinta dan Teluk Intan.
  6. Perak, Ipoh sebagai ibu negerinya yang merupakan bandaraya yang ketiga terbesar selepas Kuala Lumpur dan Johor Bharu.
  7. Perak juga merupakan negeri yang paling banyak dengan kesan-kesan sejarah terutama sekali dalam berkaitan dengan sultan-sultan Perak dan pembesar-pembesar negeri.
  8. Negeri Perak juga merupakan negeri yang paling banyak banjaran gunung yang menjulur dari sempadan Kelantan dan Pahang hingga ke Selangor.
  9. Perak juga merupakan Negeri yang paling kaya di Malaysia selepas Negeri Selangor. Perak juga pernah menjadi negeri pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia yang datangnya daripada kawasan lombong di Lembah Kinta dan Ipoh.
  10. Perak juga terkenal kerana pernah menjadi pengeluar kelapa kering yang terbesar di Malaysia di dunia dalam tahun-tahun 50-an dan 60-an.
  11. Sultan Perak yang sedang bertaktha sekarang, iaitu Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah, merupakan Sultan Perak yang ke 34. Baginda merupakan satu-satunya Sultan di DUNIA yang pernah memegang jawatan Ketua Hakim Negara, jawatan Perundangan Paling tinggi di Malaysia.
  12. Ibu Negara kita Malaysia yang mula-mula sekali ialah Taiping, bukannya Kuala Lumpur seperti yang ada sekarang. Fakta sejarah ini mungkin ada yang tidak ketahui, namun itulah realitinya. Nama Taiping diperolehi sekitar tahun 1860-an, dicipta oleh tauke-tauke Cina yang berbunyi “Tai Ping” ( tempat yang aman damai )
  13. Pada tahun 1898, bekas rumah pembesar Perak Ngah Ibrahim di Matang telah dijadikan sebuah Maktab Perguruan yang dikenali sebagai Maktab Perguruan Matang. Bangunan itu kini menjadi Muzium Bijih Timah.
Itulah serba sedikt yang dapat saya paparkan berkaitan dengan Negeri Perak.


Actions

Information

8 responses

2 02 2009
PJ selamba

pembetulan sir nik:

perak negeri ke-4 terbesar, bukan ke-3 selepas sarawak, sabah dan pahang.

anyway, good article…best baca blog sir nik ni…
penuh dgn info!

2 02 2009
sir NIK

salam…saya nyatakan “bandar raya” yang ketiga terbesar bukan negeri yang terbesar..harap maklum..

2 02 2009
DrSam

Perak man pun lepak kat situ.

2 02 2009
PJ selamba

nampaknya sir nik dah ubah ayat di atas…
masa mula baca tadi, sir nik tulis perak negeri ketiga terbesar selepas SARAWAK dan PAHANG. (sabah tertinggal)
sbb tu saya buat pembetulan…
tapi sekarang, dah bertukar bandaraya…
hehe
ada ym?
boleh add saya yer
jangan marah yer sir nik

2 02 2009
sir NIK

salam….mana ada ubah…apa yang saya tulis ini ada lah daripada pembacaan daripada berpuluh2 buah buku..tak ada walau satu ayatpun saya ubah..

apapun terima kasih kerana membaca dan memberi ulasan..

2 02 2009
PJ selamba

takpe lah…
abaikan

2 02 2009
sir NIK

salam..PJ..:) janganlah marah..

3 02 2009
en_me

me dah pergi zoo taiping jakkks.. uhuhu

salam dr me dikejauhannns

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: