Felix De Weldon: Pencipta Tugu Negara Malaysia.

31 01 2009

Gagah dan Megah
Tugu Peringatan Perang Iwojima AS.

Jasa Mu DiKenang

Felix De Weldon: Pencipta Tugu Negara

Siapa tidak kenal akan Tugu Pahlawan Negara kan, kalau tidak pergi melihat dengan lebih dekatpun, saya percaya ramai yang telah melihat sama ada melalui tv ataupun dalam surat khabar.. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu, siapakah yang mencipta tugu gangsa tersebut? mungkin ramai yang tidak tahu kan..so saya nak cete lah serba sedikit tentang Tugu Negara ni..

  1. Di dunia ini hanya ada 2 sahaja tugu yang seperti Tugu Negara ini. Satu di Amerika Syarikat- Tugu Peringatan Perang Iwojima, dan Tugu Negara di Malaysia.
  2. Kedua-dua tugu ni diciptakan oleh orang yang sama iaitu Felix De Weldon, rakyat Itali.
  3. Ilham untuk mencipta Tugu Negara ini datangnya daripada YM Tunku Abd.Rahman Putra Al-Hjj, Perdana Menteri Malaysia, yang pada masa itu mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dalam tahun 1961. Pada masa itu juga YM Tunku diberi penghormatan untuk meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Perang Iwojima.
  4. Bila YM Tunku pulang ke Malaysia, beliau selaku PM telah mengarahkan satu plan untuk membina tugu yang serupa dengan Tugu Peringatan Iwojima di Amerika Syarikat.
  5. Pihak Kementerian Luar telah menghubungi Felix De Weldon bagi menyampaikan hasrat membina Tugu Negara ini, dan Felix De Weldon telah bersetuju.
  6. Kos untuk membina Tugu Negara ini adalah RM 1.3 juta. Duit yang sebanyak itu sebahagiannya disumbangkan oleh orang ramai dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.
  7. Jangka masa untuk membina Tugu Negara ini ialah selama 3 tahun ( 1961-1963 ).
  8. Terdapat 5 patung gangsa diukir masing-masingnya setinggi 10 kaki. Setiap satu patung ini berdiri di atas tubuh musuh-musuh yang telah mati yang digambarkan sebagai askar-askar Jepun dan pengganas Komunis.
  9. Pada pertengahan tahun 1963, Tugu yang dinamakan sebagai Tugu Negara ini siap dan diletakan di Jalan Parlimen.

Actions

Information

2 responses

1 02 2009
Tyra Omar

terima kasih melawat blog saye..
melihatkan tugu negara terasa kekuatan yang ada pada parajurit malaysia di saat tanah melayu dijajah..

1 02 2009
sir NIK

salam..tyra Omar..melawat blog saya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: