Kereta Merdeka..

21 01 2009

Memorial Kemerdekaan di Banda Hilir Melaka

Kereta Merdeka

Apabila anda melawat ke Memorial Kemerdekaan Melaka, sudah tentu anda akan terpandang sebuah kereta yang masih cantik dan dijaga rapi, yang tertera nombor ” 1957″ di badan kereta tersebut, saya rasa sudah tentu perasan bukan? Kalau masih belum tahu jugak, eloklah bila ada masa lapang datanglah ke Melaka, sambil jalan-jalan boleh singgah di Memorial Kemerdekaan Melaka ni..

Saya akan menceritakan serba sedikit berkenaan Kereta tersebut..

  1. Setelah Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu ditandatangani di London pada 8hb Feb.1956, Tunku Abd.Rahman Putra Al-Hajj bergegas pulang ke tanah air.
  2. Perkara pertama, yang difikirkan oleh Tunku ialah DI MANA dan BAGAIMANA hendak mengadakan upacara perasmian Kemerdekaan Tanah Melayu tersebut.
  3. Seminggu selepas kepulangan dari London, tersebut, Tuanku telah mendapat ilham untuk mewujudkan sebuah STADIUM yang besar supaya hari keramat yang penuh bersejarah itu dapat disaksikan oleh seluruh rakyat di Tanah Melayu.
  4. Batu asas Stadium Merdeka telah diletakkan oleh Tunku Abd.Rahman Putra, Ketua Menteri Tanah Melayu (pada masa itu belum wujud jawatan Perdana Menteri- sebab belum merdeka) pada 15hb Feb.1957.
  5. Kerja-kerja pembinaan stadium ini diselenggarakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya.
  6. Setelah siap stadium ini yang siap dibina dalam masa 330 hari sahaja.
  7. Setelah siap stadium, Tunku menghadapi masalah, iaitu masalah pengangkutan.” Bagaimana hendak membawa tetamu-tetamu terhormat?”
  8. Akhirnya keputusan diambil, sebuah kenderaan baru mesti disediakan. Wakil dihantar ke London untuk mendapatkan sebuah kereta Chevrolet- berwarna putih dan dibeli; sampai ke Tanah Air beberapa hari sebelum sambutan 31hb Ogos 1957.
  9. Sebaik sahaja kereta ini tiba di Kuala Lumpur, kereta ini telah dibawa ke kediaman rasmi Tunku, dan keputusan telah dibuat oleh Tunku, yang beliau akan menaiki kereta tersebut untuk mengisytiharkan merdeka.
  10. Sebelum pukul 9.00 pagi, 31hb Ogos 1957, Tunku melangkah keluar dari kediaman rasmi. dengan penuh keyakinan, segera memasuki kereta Chevrolet menuju ke Stadium yang diiringi beberapa buah pasukan polis pengiring.
  11. Setelah Tunku tiba di Stadium, Kereta tersebut terus dipandu untuk membawa Pesuruhjaya British, Sir Donald McGillvary, serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.
  12. Sepanjang berlangsung upacara merdeka, kereta Chevrolet putih ini telah menjadi kereta yang paling mendapat perhatian.
  13. Dua tahun kemudian, 1959, ketika berlangsungnya Pilihanraya Umum, Tunku sekali lagi menggunakan kereta ini sebagai kenderaan utamanya untuk berkempen di seluruh negara.
  14. Plat Kereta Bersejarah ini : BE 52.
  15. Apabila Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970, kereta ini tidak digunakan lagi dan diganti dengan kereta-kereta berjenama Marcedes.
  16. Bagaimanapun pada tahun 1982, sewaktu sambutan Kemerdekaan yang ke 25 tahun, Chevrolet ini telah dikeluarkan semula, kali ini telah dicat baru, berwarna hitam dan terdapat tulisan “1957” berwarna merah di kedua-dua belah pintu kereta tersebut. Terdapat juga perkataan ” MERDEKA” di atas bonet belakangnya.
  17. Kereta Merdeka yang banyak berjasa ini dipamerkan di perkarangan bangunan Memorial Kemerdekaan di Banda Hilir untuk dikenang oleh generasi yang akan datang terutamanya dalam mengenangkan nostalgia merdeka yang penuh keramat dan bersejarah itu.

Actions

Information

10 responses

22 01 2009
Ada Ayrissa

suka g melaka…

22 01 2009
Mak Su

tima kasih dgn maklumat ni… baruler saya tahu kisahnya😀

22 01 2009
KINI

Tx Sir Nik ..
KINI pn baru tau nie …

last Yr pergi jln² MLK tapi yang pergi tu smua mengeluh jem so .. xsempat g tgk kete tue…

Cian KINI …

22 01 2009
anida anuar

saya dah banyak kali ke melaka memang ke sini lah tempat saya

22 01 2009
sir NIK

salam….Ada ayrissa..ya saya pun suka..melawat melaka seolah2 melawat malaysia..terima kasih mwlawat blog saya dan sudi memberi ulasan..:)

22 01 2009
sir NIK

salam..KINI..biasalah..jem, terima kasih kerana sudi melawat blog saya..

22 01 2009
::SRISUFI::

salam sir…

apa khabar haari ini…

selama ni belajar sejarah tak se’detail’ nih…aduhai buta sejarah betul…

sungguh informative lah sir…syabas…

celik gak minda ni…

22 01 2009
sir NIK

salam…Anida..terima kasih sudi ulas dalam blog saya…saya sangat menghargainya semua ulasan sahabat2 saya..

22 01 2009
sir NIK

salam…SriSufi..terima kasih kerana sudi melawat dan memberi ulasan dalam blog saya..saya sangat menghargainya..

22 01 2009
Bunga Binti Nordin

wahhh
menarik
🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: