10 Sikap Yang Membahayakan Hubungan

19 01 2009

Tanpa kita sedari ( mungkin ada jugak yang sedar ), ketika membangun mahligai rumah tangga banyak perkara yang muncul di pertengahan jalan. Sikap dan perilaku yang muncul itu ternyata dapat mehancurkan hubungan yang selama ini cuba anda bangunkan. Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang dapat dijadikan panduan dan renungan kerana jika tidak dilakukan dengan sebaik mungkin ianya mampu menggugat sesebuah perhubungan terutamaanya perhubungan suami isteri.

  1. Suka menyalahkan orang lain atas perbuatan yang anda lakukan. Tidak peduli apakah yang anda salahkan itu sahabat, kekasih, atau suami isteri.
  2. Mulai melecehkan pasangan. Begitu melihat pasangan melakukan kesalahan, tanpa ragu anda memarahinya di hadapan orang.
  3. Mudah marah dan berasa puas apabila merosakkan pelbagai barangan milik pasangan apabila dalam keadaan marah..( perlu la bertenang dan bersabar )
  4. Mula mengganggap remeh semua masalah yang dihadapi oleh pasangan. ” masalah awak kan..so selesaikanlah sendiri. ( jangan lakukan !)
  5. Munculnya rasa cemburu buta yang melampau. Mencurigai setiap kelakuan yang dilakukan oleh pasangan.
  6. Suka membandingkan pasangan anda dengan orang lain, mungkin sahabat, atau sesiapa saja, terutamanya dalam soal kecantikan, bentuk tubuh dan lain-lain.
  7. Mula timbul perasaan untuk melakukan kekerasan atau merasa ingin memukul pasangan.. ( silap sikit je tangan dah nak naik ke muka..) jangan lakukkan !
  8. Suka meminjam duit dari pasangan. ( terutamanya si lelaki..) tapi kalau dah terrr desak sangat nak wat mcm mana..
  9. Tak tepati janji dan suka sangat berbohong. (berterus terang aje lah..)
  10. Bertemu dan melakukan apa saja kegiatan dengan pasangan atas dasar perasaan sendiri. Bila pasangan anda OK, maka anda akan pergi dan melakukan kegiatan bersamanya, tapi bila perasaan anda kurang OK, nak bercakap dengan dia pun rasa malas.. ( jangan penting diri sendiri..)

Ikut petua di atas.. insya-Allah perhubungan anda dengan pasangan anda akan berkekalan..


Actions

Information

8 responses

19 01 2009
erisya nor

sir nik…kalau kerap sangat terdesak …mana isteri boleh tahan huhuhu nak pula jika duit dihamburkan pada aweks …fuh! memang mencabar kesabaran hehehe

19 01 2009
sir NIK

salam…:)) betul tu..tak patut..tak patut,.

19 01 2009
Yatie Kasran

Terima kasih kerana berkongsi idea…..saya suka membaca blog anda.Penuh dgn info2 menarik…

19 01 2009
sir NIK

salam…terima kasih Yatie Kasran..

19 01 2009
MariaFaizal

Sir Nik,
Another informative entry.Ditto to you! Do you believe in ‘7 year itch’ proverb?

19 01 2009
Aisyah

Emm yang lain chah boleh consider.. tapi no.9 ni…pantang btol dengan lelaki menipu….eeeee geramm btol…emm emosi sikit hehehe….

20 01 2009
fahmi latiff

sir… best artikel ni…
heheheh….:)

fahmi nak menyampuk skit kat aisyah

“jangan marah orang yang tipu kita sebenarnya dia mendewasakan kita”

heheheh proses kedewasaan..🙂

20 01 2009
sir NIK

salam…cikgu aisyah..betul tu..sekali kena tipu, selama-lamanya dah tak percaya dah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: