Sekolah Tempat Tamat Peperangan Paling Bersejarah di Malaysia..

17 01 2009

Jeneral Itagaki- Panglima Tentera Jepun

Penyerahan Tentera Jepun di Victoria Institution, KL

Tentera Jepun

Bangunan hadapan sekolah: Tempat penyerahan
Victoria Institution telah ditubuhkan pada tahun 1898. Namanya mengambil sempena nama Ratu England, iaitu Queen Victoria, Raja England yang paling lama sekali bertakhta di dunia iaitu pada tahun 1833-1902). Pada awal penubuhannya, sekolah ini mengambil pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Inggeris yang berkhidmat di Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat juga anak-anak di kalangan tauke-tauke cina serta pembesar-pembesar Melayu pada waktu itu. Sekolah ini begitu terkenal dan masyhur kerana telah ramai melahirkan orang-orang yang berjaya dalam pelbagai bidang semenjak dahulu sampai sekarang, terutamanya dalam bidang sukan.

Apabila Jepun berjaya menawan dan memerintah Tanah Melayu menjelang tahun 1942, sekolah ini terpaksa ditutup kerana Jepun telah menjadikan sekolah ini sebagai markas tentera mereka. Bagaimanapun, pada awal tahun 1946, Victoria Institution telah mencatatkan sejarah apabila dipilih sebagai tempat upacara Penyerahan Pedang Samurai sebagai tanda Jepun menyerah kalah kepada Tentera Berikat di Tanah Melayu. Peristiwa penting ini berlaku pada 22 Feb. 1946, di satu kawasan lapang di hadapan bangunan utama Victoria Institution melibatkan Panglima Tentera Bersekutu di Tanah Melayu, Jeneral Sir Frank Messerny yang mewakili tentera British dengan Pemerintah Tentera Jepun Jeneral Itagaki.

Seperti yang telah dirancangkan, Jeneral Itagaki muncul bersama beberapa lagi jeneral-jeneralnya dalam pakaian rasmi masing-masing. Mereka melangkah ke hadapan sebuah meja yang terbentang bendera Union Jack dan dengan penuh tertib menyerahkan Pedang Samurai kepada Leftenan Jeneral Messervy yang menerimanya bagi pihak Kerajaan British di Tanah Melayu. Upacara yang paling BERSEJARAH ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai tinggi tentera British, Pasukan Askar Melayu dan orang ramai, sehingga melimpah ke luar pagar sekolah. Selepas Jeneral Itagaki, seorang demi seorang maju ke hadapan dan menyerahkan pedang masing-masing sehingga selesai. Penyerahan pedang ini merupakan peringkat terakhir penyerahan kuasa oleh pihak tertinggi Jepun di Tanah Melayu. Sebelum tarikh itu, pada 15hb Ogos 1945, upacara meletakan senjata secara beramai-ramai oleh Askar Jepun peingkat rendah telah dilakukan di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selepas tamat penyerahan Pedang oleh Jeneral Itagaki itu, kesemua jeneral-jenreal Jepun itu telah dibawa ke Penjara Pudu, Kuala Lumpur sebagai penjenayah perang. Ramai antaranya telah dihukum mati ditembak atau digantung, setelah didapati bersalah melakukan kekejaman sepanjang Jepun berkuasa di Tanah Melayu. Antara yang dihukum tembak ialah Jeneral Shinpei Fukuyei, Komandan Kem Tahanan Perang yang dihukum tembak di Changi, Singapura. Jeneral Hamada dan Jeneral Yamamoto digantung sampai mati di Penjara Changi pada bulan September 1946.

Antara Fakta-fakta bersejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu:

  1. Jepun mula menyerang Tanah Melayu melalui Senggora, Selatan Thailand dan mendarat di Pantai Sabak dekat Pengkalan Chepa pada pukul 11.45 malam bersamaan 7hb Disember 1941 (pada masa ini Kelantan musim tengkujuh.)
  2. Bala tentera Jepun yang diperintah oleh Lt.Jeneral Tomayuki Yamashita telah menyerang dan memusnahkan pertahanan British yang dipertahankan oleh 8th Indian Brigade Group di bawah perintah Brigadier B.W. Key.
  3. Tiga buah kapal perang Jepun, Awagisan Maru, Ayatosan Maru dan Sakura Maru telah mendaratkan beribu-ribu tentera Jepun yang dilengkapi dengan perlatan perang dan sebuah basikal setiap seorang tentera Jepun.
  4. Kelantan telah jatuh ke tangan Jepun pada 2hb Disember 1941, dengan menawan 27 meriam medan, 73 pucuk mesingun ringan dan berat, 7 buah pesawat perang 157 buah motokar serta trak dan 33 buah gerabak kereta api.
  5. Jepun kehilangan 2 buah kapal pengangkut, 320 askarnya terbunuh dan 538 askar Jepun cedera.

Semua yang berlaku ini kini segar dalam lipatan sejarah tanah air. Kekejaman Jepun sangat meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada semua rakyat Tanah Melayu..termasuk saya, di mana datuk saya juga telah menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun semasa pendaratan jepun di Kota Bharu..


Actions

Information

2 responses

17 01 2009
anida anuar

kalau dibaca sejarah jepun…memang penuh dengan darah sahaja.untung lah kita sudah merdeka…bayang kan kalau kita di zaman tuk kita lagi…makan ubi kayu,di paksa minum air sabun,di jadikan hamba…sir nanti tulis pulak artikel jambatan maut buruh paksa dekat burma tu..

17 01 2009
sir NIK

salam…..terima kasih anida..ya zaman Jepun penuh dengan penderitan..syukur kerana kita tidak mengalaminya sekarang..ya..insyallah..nanti saya cuba cari bahan untuk menulis artikel tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: