Baju ( Alfatihah.. buat arwah ibu yang hari ini genap 14 tahun pergi menghadap ilahi.. yang tak sempat menatap wajah cucu mu)

13 01 2009

Lama dulu, ibu..
kaujahitkan baju keimanan..
bersulamkan benang kesopanan..
ceria dengan warna kasih sayang..
menghias indah rantai usia..

kau jahitkan baju itu.
pada tubuh mongel kehidupanku.
doa dan harapan kerap bertindan..
agar aku tidak kepanasan..
cekal meranduk keruh cabaran..

ampunkan aku, ibu..
mencemarkan baju dengan nakal pengalaman..
mencarik baju ini dengan kuku keremajaan..
betapa aku malu memakainya..
dari subuh ke senja..
dari siang ke malam gelita…

terima kasih, ibu…
kerna mengajarku..
mencuci cemar pada baju ini..
menampung robek baju ini..
agar terhalang dari gelisah..
yang boleh menusuk segala maruah..

Kini ibu sudah pergi..
baju keimananmu ini tetapi berseri..
bersemadi selama-lamanya..


Actions

Information

23 responses

13 01 2009
Miss Izah Mohamed

salam sir.
al-fatihah. smoga roh arwah ibu sir ditempatkn dikalangan org2 beriman. amin..

13 01 2009
sir NIK

salam….terima kasih Miss Izah..itulah doa saya setiap selepas solat saya selagi hayat dikandung badan..insyallah..

13 01 2009
erisya nor

salam takziaih sir nik…..bertuah mempunyai anak yang soleh mcm sir ni…

14 01 2009
KINI

KINI ibu sudah pergi..

“yer sir nik .. KINI paham .. sabar yer ..alfatihah”

sungguh tersentuh la nukilan sir nik!*clap-clap*:)

sememangnya ibu tiada pengganti … bagi KINI biar mati bapak jangan mati MAK.. waaaaa…

14 01 2009
KINI

ops lupa !
tujuan asal nak bagi tau … aritu kiter dah amik lencana pakai kat tudung😛 ..

tQ!

14 01 2009
fahmi latiff

al-fatihah… tuk ibu sir

14 01 2009
Mencari Sinar Bahagia @ Tommy

Salam Takziah atas pemergian ibu sirNik..

Jaga diri elok-2 tau..
Hope to hear fr U soon..:)

14 01 2009
Aidaroha@Haida

salam.. sbg anak takde apa yg dpt kita berikan kecuali doa dan sedekah jariah yg dpt membantunya di SANA..

14 01 2009
DrSam

salam,

alfatihan untuk arwah ibu sir.

bersyukur kerna masih mempunyai ibu untuk bermanja (walaupun kita dah tua juga)

14 01 2009
LotsOfLove-Pearls

Al-Fatihah..
Banyak kenangan dengan ibu..
Pastinya rindu..
Ibu saya meninggal dah nak masuk 16thn.. rindu mom..

14 01 2009
Muhammad Azli Shukri

saudara mempunyai keluarga yang sangat bahagia.

14 01 2009
sir NIK

salam…erisya..terima kasih kerana sudi melawat blog saya..

14 01 2009
sir NIK

salam…terima kasih KINI..ibu adalah segala-galanya..pada saya..

14 01 2009
sir NIK

MI..terima kasih..moga roh ibu saya dicucuri rahmat oleh Allah swt.insyallah..

14 01 2009
sir NIK

salam aidaroha@Haida..terima kasih..

14 01 2009
sir NIK

Terima kasih LotOfLove..

14 01 2009
sir NIK

DrSam…terharunya..apapun terima kasih banyak2..

14 01 2009
sir NIK

terima kasih Muhammad Azli..

14 01 2009
eida~fatiha

salam sir nik..

Al-Fatiha tuk arwah ibu sir nik..
semoga dicucuri rahmat..
amin..

14 01 2009
Mak Su

moga ibu dirahmati di sana🙂

14 01 2009
Lis Indra

Semoga mendapat tempat terindah, Sir…

14 01 2009
sir NIK

salam…eidafatiha…terima kasih banyak.

14 01 2009
sir NIK

salam….Lis Indra..terima kasih banyak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: