Bahasa Peduli Berdaya Tarikan.

10 01 2009
Bahasa ialah alat yang sangat berkesan untuk menguasai seseorang lain. Dengan menggunakan bahasa, kita boleh mengawal tingkahlaku orang itu di sekeliling kita. Satu cara bahasa digunakan untuk menguasai orang lain ialah dengan berkata-kata secara positif kepada orang itu. Kajian menunjukkan apabila kita bercakap secara positif kepada orang lain, individu itu akan mudah menerima seseorang itu. Bahasa positif mengiktiraf kehadiran orang itu dan ciri-ciri keistimewaan yang dimilikinya. Dengan itu bahasa positif mengandungi banyak pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Contoh bahasa yang mengiktiraf kehadiran orang berkenaan:
” Abang nak kopi?”
” Rozi buat apa tu? Nak abg tolongkah?”
“Boleh saya tolong abg?”

Contoh bahasa yang mengiktiraf keistimewaan seseorang:

” saya suka suara abg, Sedap didengar”

Tak sangka, rupa-rupanya Mah pandai buat puding”

” sayang pandailah berjenaka..”

Bahasa positif juga bersifat deskriptif iaitu gaya bahasa yang menerangkan apa sebenarnya berlaku. Tidak lebih dan tidak kurang. Kita hanya memberi faktanya sahaja. Contoh:

” kenapa beli yang murah?” ( mungkin mahal pada orang lain )

Kenapa tak beli yang dua ribu ringgit sahaja ( fakta )

Awak ni kurus sangat..” ( mungkin gemuk pada orang lain )


Naik kan berat badan awak sampai 45 kg ( fakta )

Apabila membuat penilaian, setiap orang mempunyai cara mereka sendiri. Elakkan daripada menggunakan kata sifat yang negetif kerana ia menggambarkan penilaian kita mengenai apa yang ada di hadapan kita. Kata-kata ” bodoh, jahat, bangang, tak guna, sial betul, dayus, jangan gunakan apabila kita berhadapan dengan seseorang, jikalau lakukan juga, ianya akan membuahkan bibit-bibit permusuhan, pertengkaran dan lain-lain.
” awak dah gila ke?”
” awak ni tak senonoh betul lah jadi orang..”
awak buat kerja lembab betul la..”
Untuk berkomunikasi secara deskriptif, ada beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan. (i) terangkan sahaja apa yg sebanrnya terjadi.
contoh :
” Awak tak bertimbang rasa la..”
Saya tak setuju dengan alasan awak tu..”
Awak tidak patut buat saya macam ni..”
Saya kecewa dengan awak..”

Dengan mematuhi panduan di atas kita dapat kita dapat membuktikan kepada pasangan kita bahawa kita pedulikan kehadirannya, bahawa kita pedulikan maruahnya, perasaannya dan kita juga pedulikan hubungan yang baik yang ada.


Actions

Information

6 responses

10 01 2009
ainazirah

salam
“Bahasa Peduli…”
Post yg mmg mnarik…
sy amat2 setuju dgn kajian ttg ksn bahasa trhdp hubungan sesama manusia – sesuatu yg biasa2 ttpi jarang2 disedari
as a saying goes, “common sense is not common”
wasalam

10 01 2009
sir NIK

salam…terima kasih ainazirah kerana melawat cerana blog

10 01 2009
fahmi latiff

peeehh.. artikel yang sangat menarik… banyak info yng susah nak cari ada di cerana blog….:)
best jugak dtng ke cerana blog ni..:)

10 01 2009
@LiYaNNuaR

thanks Sir… nice entry… sya akan belajar menggunakan bahasa peduli dari masa ke semasa, Insya Allah..

11 01 2009
anida anuar

bahasa jiwa bangsa,bangsa kita kenali kerana bahasa..tetapi kalau ada juga tak tak tahu bahasa,tak tahu lah kemana jiwa mereka itu telah di larikan ye sir….

11 01 2009
sir NIK

salam…terima kasih ainazirah, saudara Fahmi, @liyannuar dan anida anuar,- kerana sudi melawat dan meninggalkan ulasan untuk saya..tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: