Gurindam Buat Kawan Di Kota…( dedikasi buat orang Kampungku, Kampung Kelar Pasir Mas Kelantan..)

9 01 2009



Dengarlah kawan-kawan di kota..
aku bergurindam sambil berseloka..
cerita damainya panorama desa..
tiada debu menyesak dada..
tiada bising memekak telinga..
orang desa jelas pendengarannya..



Jerit kenderaan amat kami benci..
angin semilar menghibur hati..
duduk di ambin pada senja hari..
melihat sesibor patung menari..
melihat rerama cantik berseri..
kenalkah kawan serangga jenis ini?


Gurindam syair aku ukirkan..
dari suara tanpa bunyi-bunyian..
berkaroke kami tak tahu main..
cuma kompang pada majlis kahwin..
anak-anak bermain layang-layang..
kumpulan ternakan di bawah ketapang..


Inilah gurindam seloka..
jemputlah datang ke desa ceria..
melepas lelah menenang minda..
marilah bersantai mencuci mata..
keluar seketika meninggalkan kota..
melihat indahnya hijau saujana..


Actions

Information

6 responses

9 01 2009
Mrs.Khairul Niza

salam sir nik…
walaupun tak sekampung…tapi tempat sir nik ngajar kampung saya…
bertentangan sekolah aje..:)

9 01 2009
sir NIK

salam….Mrs.Khairul Niza.. ya ke? sape dia, ada anak ke kat sekolah tu?

9 01 2009
Mrs.Khairul Niza

Just panggil saya Ira aje sir nik…
saya dok port klang..kampung saya kat Pilin…
umah arwah nenek saya memang jelas nampak dari sekolah pilin 2…masuk lorong bertentangan depan skolah 2…
makcik saya pun ngajar Kafa…maybe sir nik kenal kot…

9 01 2009
sir NIK

salam…ok ira.. rasa kenal.. makcik tu nama kak na ker?

10 01 2009
ira82

yer…Rohana Ali lah 2…heheheh,…
kenal kan…
24hb nie ader kenduri majlis pertunangan anak ke 2 die…
buat majlis lenggang perut tuk bakal cucu nyer jugek…
dah dijemput ke???

so sir nik kenal ke jugak dengan uncle saya??? cikgu gek… En.Azhar..

10 01 2009
sir NIK

salam…tak ada pulak..mungkin awal lagi tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: