Tahukah Anda Daerah Paling Besar Di Malaysia??

7 01 2009

Kalaulah daerah Jerantut dapat diangkat dan diterbangkan, nescaya dengan mudah ia boleh menutup seluruh Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang atau Perlis. Mungkin kita tak tahu, sekarng saya nak bagitahulah serba sedikit tentang daerah yg paling besar di Malaysia ni. Demikianlah besar dan luasnya daerah Jerantut, Pahang dengan keluasan 755, 771.93 hekter ( Sumber Kerajaan Negeri Pahang). Selain itu juga, Jerantut juga mempunyai kawasan hutan simpan yang paling luas iaitu 390,583 hektar dan hutan simpan mergastua seluas 180, 583 hektar yang membentuk 1/3 dari keseluruhan luas Taman Negara. Disebabkan keluasan daerah Jerantut yang luar biasa itu, daerah Jerantut menghadapi masalah perhubungan yang paling rumit kerana hanya 22% sahaja kawasannya boleh dilalui dengan menggunakan kenderaan, selebihnya jauh di kawasan pendalaman yang terletak di tebing-tebing sungai, yang hanya boleh dihubungi melalui sungai sahaja. Kedudukan mukabuminya yang yang dikelilingi hutan dan sungai jauh di utara Pahang dan bersempadan pula dengan selatan Kelantan yang tidak membangun merupakan antara penyebab ia sukar hendak dimajukan. Walau bagaimanapun, Jerantut merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara (saya sekeluarga pernah tiba di Taman Negara), hutan simpan terbesar di Malaysia dan lebih daripada itu, ianya merupakan tempat di mana hulu Sungai Pahang terbentuk iaitu di Sungai Tembeling yang bersambung dengan Sungai Jelai di Kuala Lipis menyusur keluar di Kuala Pahang, dekat Pekan. Saya sertakan catatan-catatan penting berkaitan dengan daerah Jerantut:-

  1. Semasa Bendahara Wan Ahmad (Sultan Pahang I- 1857-1914) hendak menyerang Pahang pada tahun 1856, baginda memasuki Pahang melalui Kuala Tembeling, di Jerantut.
  2. Dato’ Bahaman, ( Orang Kaya Semantan ) semasa berperang melawan Inggeris pada tahun 1892, pernah membuat kubu pertahanan di Kuala Atok, dekat Tembeling dalam usaha menyerang Temerloh.
  3. Di mukin Pulau Tawar terdapat sebuah sekolah menengah yang dinamakan Sekolah Menengah Pulau Tawar, di tapak sekolah ini dahulunya Istana Hinggap Sultan Ahmad Al Muadzam Shah ( 1857- 1914 ).
  4. Di Pulau Tawar juga merupakan kampung asal Imam Rasu bin Syarhum, iaitu seorang penghulu yang kemudiannya diberi gelaran Imam Perang Indera Gajah, Orang Besar Berempat Pahang.
  5. Di Pulau Tawar terdapat sebuah masjid lama ( Masjid Pulau Tawar). Di sinilah pahlawan Mat Kilau ( anak Dato Gajah ) muncul meisytiharkan diri pada penghujung tahun 1969.


Actions

Information

9 responses

7 01 2009
Miss Izah Mohamed

salam sir..info yg menarik..
b4 dis pn sy xtau ttg ni sume..

7 01 2009
DrSam

memang menarik info ini. saya ingatkan jajahan di sebelah Sabah atau Sarawak berkemugnkinan besar. tq for the sharing.

8 01 2009
Mak Su

saya teringin melawat ke sana melihat2 tinggalan sejarahnya🙂

8 01 2009
Mak Su

sir Nik, hari ini saya letakkan lencana persahabatan🙂

thanks

8 01 2009
en_me

gitteww erk.. thanx for d info

8 01 2009
sir NIK

salam…miss Izah Mohamed.. apa yg saya baca saya kongsi-kongsi dengan sahabat2 saya..:) apapun terima kasih kerana melawat dan memberi respon di blog saya..

8 01 2009
sir NIK

DrSam..terima kasih kerana memberi respons dalam blog saya ini.

8 01 2009
sir NIK

salam..maksu..terima kasih melawat blog saya..dan sudi memberi sedikit respons..tq.

8 01 2009
sir NIK

salam… terima kasih banyak2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: