Kota Pertahanan Melayu Paling Tua : Kota Kuala Muda Kedah.

2 01 2009

Pintu gerbang Kota Kuala Muda Kedah

Kalaulah Sultan Abdullah Mukarram Syah, Sultan Kedah yang ke -20(1778-1798) masih hidup, tentunya baginda akan merasa bangga kerana kota yang banginda bangunkan pada tahun 1778 itu masih berdiri kukuh sebagai lambang kebesaran Kesultanan Melayu Kedah, walaupun tidak segagah dahulu. Barangkali juga baginda akan merasa sedih kerana istana tempat baginda bersemayam di dalam kota yang masyhur ini tiada lagi. Lebih mengharukan hati baginda jika mendapat tahu di dalam kota ini telah gugur beribu-ribu pahlawan Kedah yang gagah berani melawan dan menahan serangan Angkatan Tentera Siam yang berjaya menawan dan membakar kota ini pada tahun 1821. Banyak peristiwa yang bersejarah yang menitiskan darah dan air mata berlaku di dalam kota ini semenjak empat abad yang lalu. Ianya tidak dapat dilupakan selagi kota ini wujud dan selagi generasi tua tidak jemu menyampaikan cerita dari mulut ke mulut kepada generasi muda tentang kemegahan kota yang semakin dimamah usia ini.

Menceritakan perihal kota Kuala Kedah ini, mengikut sejarahnya ianya mula-mula dibina pada zaman Sultan Sulaiman Shah II ibni Sultan Muzaffar Syah, Sultan Kedah yang ke 12 yang bertaktha dari tahun 1619-1662. Pada asalnya kota ini dibangunkan dengan menggunakan kayu. Setiap penjurunya dibuat tembok kayu mengelilinginya. Kerana kedudukannya betul-betul di muara Sungai Kedah, maka ianya dinamakan Kota Kuala Kedah. Pada masa itu disebut Kota Kuala Bahang. Tujuan utama membina kota ini ialah sebagai langkah keselamatan, kerana Sultan Sulaiman bimbang negeri Kedah yang aman dan makmur itu akan diserang musuh. Dua musuh yang paling ditakuti oleh Sultan Kedah pada waktu itu ialah Siam dan Acheh yang terkenal akan kehebatan angkatan tentera lautnya. Sultan Sulaiman membuat perkiraan, jika tidak dibina pertahanan itu, musuh dengan mudah dapat memasuki dan menawan Kedah kerana pada masa itu hanya Sungai Kedah satu-satunya pintu masuk ke negeri Kedah. BAGAIMANAPUN pembinaan kota Kuala Kedah itu telah sampai kepada pengetahuan Sultan Iskandar Mahkota Alam, Sultan Acheh pada waktu itu. Merasakan Kedah semakin bertambah kuat dan pastinya menggugat penguasaan Acheh, baginda telah menghantar angkatan perangnya pada tahun 1619, dan berjaya menewaskan kota pertahanan itu dan seterusnya menawan negeri Kedah. Sejak itu orang-orang Acheh telah menguasai negeri Kota Kuala Kedah. Bagaimanapun semenjal Sultan Iskandar Mahkota Alam mangkat, penggantinya Sultan Iskandar Thani tidak berminat untuk terus menjajah negeri Kedah dan Kota Kuala Kedah ditinggalkan apabila baginda telah memerintahkan angkatan tenteranya pulang ke Acheh.

Apabila Sultan Abdullah Mukarram Syah menaiki takhta pada tahun 1778 sebagai Sultan Kedah yang ke 20, baginda telah memerintahkan Kota Kuala Kedah dibina semula. Bagi memastikan Kota ini benar-benar kuat dan kukuh, baginda menitahkan agar kota ini dibina dengan menggunakan batu-batu yang diambil daripada gunung. Bagi mendaptkan rupabentuk kota yang cantik, Sultan Abdullah telah memerintahkan Kadi Besar Kedah ketika itu yang bernama Maharaja Kadi mencari seorang tukang bina yang terbaik. Akhirnya, seorang tukang bina dari India yang terkenal, bernama Ibrahim Sab, telah dilantik untuk membina kota ini. Menjelang tahun 1780, Kota Kuala Kedah yang pertama kali yang diperbuat daripada konkrit telah siap dibina. PERKARA MENARIK BERKAIATAN KOTA KUALA MUDA IALAH:-

  1. Terletak di tebing Sungai Kedah berhadapan dengan pekan Kuala Kedah dan berhampiran Kampung Nelayan Seberang Kota.
  2. Pada masa lalu, kota ini hanya boleh dikunjungi dengan menaiki sampan dari Jeti Kuala Kedah, kira-kira 1km jauhnya. Sekarang ianya boleh dilalui dengan melintasi jambatan konkrit yang menghubungkan Kampung Ulu dengan Kampung Baharu.
  3. Ada 2 buah meriam yang masih tinggal dan dianggap istimewa. Namanya “ Katak Puru” dan “Badak Berendam”.
  4. Kemasyhuran kota ini tidak menyenangkan Raja Siam, lalu menghantar angkatan perangnya yang besar dengan menggunakan tipu muslihat kononnya datang sebagai sahabat menjelang tengah malam mereka menyerang dan berjaya menawannya.
  5. Semenjak peristiwa tahun 1824, Kota Kuala Kedah kembali sepi. Sultan-sultan selepas itu tidak berminat bersemayam di sana dan kota itu terbiar begitu sahaja hingga kini.

Pada tahun 1906, bangunan-bangunan di dalam kota ini telah dijadikan Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah. bagaimanapun pada hari ini bangunan-bangunan itu sudah tiada lagi, yang tinggal hanyalah kesan runtuhan konkrit yang dipercayai bekas Istana Sultan Abdullah Mukarram Shah. Akhirnya pada tahun 1978, kota ini telah diwartakan sebagai Kota Bersejarah Muzium Negara.. Semoga keruntuhan kota ini tidak akan berulang lagi..insyallah..!


Actions

Information

6 responses

3 01 2009
DrSam

salam tahun baru dan salam perkenalan,

saya memang minat sejarah-sejarah melayu lama ni. nampak macam menarik tempat tu.

3 01 2009
MiS DeEbA

mcm best je tmpt neh, xpenah sampai lg, kalau berpeluang nk jln2 ke sane..šŸ™‚

3 01 2009
sir NIK

Saya bukan sahaja peminat sejarah malah sedikit sebanyak mengkaji tentang sejarah.. terima kasih kerana melawat cerana blog..moga DrSam dirahmati oleh Allah swt hendaknya..

3 01 2009
Miss Norhamizah Mohamed

sir ni very informative laa.
byk letak info2 sej yg menarik. acceli sy xminat sej tp bile bace tu, interested gk laa..šŸ™‚

3 01 2009
sir NIK

salam..Mis DeEbA.. terima kasih kerana melawat Cerana blog..moga sihat dan berada dalam rahmat Allah swt hendaknya pagi ni…

3 01 2009
sir NIK

salam..Mis Norhamizah..saya banyak membaca tentang sejarah..apa yg saya paparkan sekadar memberi sedikt info..mungkin ada yg dah terlupa tentang sejarah negara kita..hanya sedikt sumbangan drp saya saja..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: