Salam Duka Dari Palestin

31 12 2008

Sedarkah kita, dia saat kita bergembira di Tahun 2009 dan Maal Hijrah 1430H, terdapat cerita sedih dari Palestin? Tahu kah kita selama 4 hari sehingga hari ini, pihak rejim Zionis Laknatullah itu telah membunuh 374 orang Palestin dan 1,690 yang lain tercedera? Sayu yang teramat apabila melihat kekejaman demi kekejaman yang tidak berkemanusiaan dilakukan oleh pihak Israel terhadap penduduk awam Palestin yang rata-rata kanak-kanak yang tidak berdosa. Bilakah kekejaman ini akan berakhir…? Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dilaporkan berikrar akan meneruskan kekejaman dengan menyerang wilayah yang dikuasai oleh Hamas di Genting Gaza begitu juga dengan keputusan Knesset ( Parlimen Israel ) yang menyatakan akan memperluaskan operasi di Genting Gaza..Ya Allah SWT, selamatkanlah penduduk-penduduk Islam Palestin dan seluruh umat Islam dari kekejaman ini…. Dunia tidak harus berhenti hanya pada kecaman. Dunia juga harus membiokot Israel agar segera menghentikan kekejaman dan penjajahan ke atas Palestin. Sudah terlalu lama kekejaman dan brutalisme Israel tidak diambil oleh pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Jadi, tidak hairanlah Pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza, kecewa terhadap masyarakat antarabangsa yang tidak mampu menghentikan serangan brutal tentera Israel.


Actions

Information

2 responses

31 12 2008
eida~fatiha

sedihnya bila tgk nasib2 dorg..
alhamdulillah kita masih lg beruntung
kerana nasib kita tak sama spt mereka..

31 12 2008
sir NIK

ya..sayu dan sedih…moga tidak berlaku di bumi bertuah ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: