Selamat Tahun Baru 2009: Seklias Pandang 2008

30 12 2008

Kurang daripada 24 jam lagi kita akan menyambut Tahun Baru 2009. Selamat Tahun Baru 2009 buat kawan-kawan blog moga bahagia dan sudah tercapai azam tahun 2008 tu..( mudah-mudahan; tak tercapai sambung Tahun 2009). Bila bermulanya tahun 2009, maka bermulalah musim sibuk, yalah sekolah dah buka..mestilah sibuk. Pertamanya, pagi ini, pukul 9.00 pagi ada Mesyuarat Staff Semua Guru di Sekolah. 02 hb Januari pula, masa pembayaran yuran sekolah bagi sesi 2009. Dan setiap kali waktu sekolah dibuka, pelbagai kerenah murid dapat dilihat.macam-macam, rasa lucu pun ada jugak..nangis jangan cite la..Sahhh..memang ada, siap kena mak tunggu dalam kelas pun ada. mak keluar saja..nangis lagi..puas pujuk pun tak mahu..abis macm mana nak buat..? Itu tahun 2008, harap-harap tahun 2009 tak ada lagi lah hal-hal mcm tu.. Aku di sekolah selain dilantik GPK Ko-kurikulum, ada ditugaskan mengajar Sains Tahun 6, 5, 2. semasa mengajar dalam kelas, budak2 perlu beri perhatian kerana sains ni, tak leh buat main-main kerana ini subjek yg agak susah.. tapi adalah dua tiga orang murid yg tak dengar, biasa lah budak-budak.. Pernah salah seorang muird ni yang sepak alat pemadam kebakaran di luar kelas..apa lagi..keluarlah asap putih berkepul-kepul habis satu kelas.. abis kecoh satu sekolah..kita orang ingat berlaku kebakaran..kelam kabut.. rupa-rupanya dia sepak benda tu.. lepas aku bagi kaunseling, panggil mak bapak dia- dia berjanji tak akan buat lagi perkara tu. aku maafkan lah..ni baru kesalahan yang pertama..( kira bertimbang rasa gakl la aku ni..), dia lah yang paling nakal, paling malas dalam kelas.. tetapi dengan nasihat yang tak putus-putus dari guru-guru, pelajar yang nakal ni, mendapat 5A dalam UPSR 2008, kat sekolah yang mendapat 5 A cuma 4 orang sahaja, (termasuk pelajar yang paling nakal ni..) Selepas UPSR 2008 keluar, pelajar ni terus datang ke arah aku. aku kagum dan sangat terharu. Aku sempat mengucapkan tahniah padanya dan bagitahu dia perubahan sikap ari tu (beberapa bulan sebelum UPSR telah membuahkan hasil yang baik, cemerlang ). Tiada apa yang paling bahagia oleh seorang guru selain daripada mahu melihat anak-anak didik berjaya, cemerlang dalam pelajaran. Pernah berlaku kecurian dalam bilik guru..puas difikirkan bagaimana nak selesaikan maslah ni..mesyuarat demi mesyuarat dijalankan..kecurian masih berlaku jugak.. akhirnya GB panggil aku untuk bincang selesai masalah ni.. saya bagitahu, saya akan cuba selesaikan maslah ni dengan pasang perangkap..minta-minta mengena.. Maka aku bawa lah duit syiling kat rumah ( yang telah ditandakan).. pasang umpan..letak dalam bilik guru,..akhirnya jerat mengena..!!!..Dapat seorang, semua kena cekup laa..memandangkan kesusahan, kepayahan untuk menangkap pelajar ni, dia orang kenalah dua tiga ibu “lempangking”, ini untuk pengajarans saja agar tidak diulangi lagi perbuatan ni.. lepas peristiwa tu, maslah kecurian tak berlaku lagi.. Tahun 2009 akan datang dalam beberapa detik saja lagi..moga di tahun 2009 ini, sekolah aku diharapkan dapat mencatatkan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan… insyaAllah..!

Actions

Information

5 responses

31 12 2008
Mak Su

banyak saya dah tertinggal, salam tahun baru buat sir Nik dan keluarga. saya dah ambil lencana sahabat tu, terima kasih ya, nanti saya letak kat blog

31 12 2008
KINI

salam ziarah …slamat tahun baru!!

31 12 2008
@LiYaNNuaR

salam tahun baru yek sir…

31 12 2008
sir NIK

terima kasih Mak Su..saya amat menghargainya..

31 12 2008
sir NIK

Selamat Tahun Baru juga buat @liyaNNuar.. moga happy di tahun baru..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: