Tunku Mukhriz DiMasyhurkan Menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke 11

29 12 2008
Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Pemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti pada kira-kira jam 3.50 petang ini. Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, dan disiarkan secara langsung oleh RTM.Tunku Mukhriz, 63, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu. Baginda yang diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967). Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun. Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau. Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: