Pahlawan Paling Masyhur: Leftenan Adnan bin Saidi..

24 12 2008

Pada hari semalam, enteri saya berkisar dengan tajuk P.Ramlee tapi hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan pahlawan terbilang negara kita, iaitu Leftenan Adnan ( 1915-1942). Entahlah tak tahu mengapa sebabnya saya terlintas untuk menulis tentang ini, namun sebagai anak yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan kita seharusnya tidak melupakan segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pahlawan-pahlawan negara kita. Leftenan Adnan bin Saidi telah lama bersemadi dan jasadnya telah hancur ditelan bumi, namun semangat perjuangan dan kepewiraannya tetap harum mewangi, menjadi kebanggan dari generasi ke generasi, kekal abadi sepanjang zaman. Angkatan Tentera Malaysia merasa bangga kerana telah melahirkan seorang wira negara, iaitu seorang wira dari Kampung Sungai Ramal, Kajang, yang rela mengorbankan jiwa demi mempertahankan tanah air, walaupun berpeluang untuk berundur, melucut uniform, menyamar sebagai orang biasa dan pulang ke kampung dengan selamat tanpa menggadai nyawa. Kata-kata Koperal 182, Yaakob bin Bidin, yang menyertai Leftenan Adnan bin Saidi bersama Platun ke-7, Kompeni C, Battalion Pertama Askar Melayu di Bukit Candu pada 13hb Feb.1942, harus direnungi. ( Leftenan Adnan sudah cedera, tetapi tidak mahu berundur. Dia kata kita berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir dan menembak satu peluru satu musuh..”, “Biar putih tulang daripada putih mata”. Koperal Yaakob bin Bidin terselamat kerana berjaya membuat helah dengan membaringkan dirinya di bawah badan askar-askar Melayu yang telah terkorban dalam pertempuran. Antara perkara yang menarik tentang Leftenan Adnan ialah :-
  1. dilahirkan pada bulan Jun 1915 di Kampung Sungai Ramal, dekat Kajang. Ibu bapanya berasal daripada Bukit Tinggi, Sumatera Utara.
  2. Memasuki tentera di Port Dickson pada tahun 1934, ketika berusia 19tahun, memakai nombor tentera 90.
  3. Terpilih mengetuai Pasukan Askar Melayu percubaan pada Majlis Pertabalan King George V yang diadakan di London pada tahun 1936.
  4. Mendirikan rumahtangga dengan Puan Safiah binti Pakir Muda, gadis sekampung atas pilihan keluarga pada tahun 1936.
  5. Dikurniakan 2 orang anak lelaki, yang bernama Mohktar dan Zainduddin.
  6. Berpangkat Leftenan Muda dan Ketua Platun-7 Kompeni C, Battallon Pertama Askar Melayu, semasa bertempur di Bukit Chandu, Pasir Panjang pada 13hb Feb.1945.
  7. Sepanjang hayatnya pernah memberitahu rakannya, Leftenan Muda Abas bin Abd.Manan, ” selepas memusnahkan musuh saya tidak kesal kalau saya mati..”
  8. Terbunuh pada 14hb Feb.1942, ketika berusia 27 tahun dalam pertempuran dengan Askar Jepun di Bukit Chandu.
  9. Mayatnya digantung dekat sebuah kilang minuman keras dan dibiarkan hingga luluh. Jepun tidak membenarkan sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan.

Menjelang 15hb.Feb.1942, kira-kira 24 jam selepas pertahanan terakhir Askar Melayu tumbang, Panglima Wilayah Dua Tentera Bersekutu, Jeneral Arthur Percival telah menyerah kalah kepada pemerintah tertinggi tentera Jepun, Leftenan Jeneral Tomayuki Yamashita di Singapura. Perjuangan Leftenan Adnan di Bukit Chandu, Pasir Panjang, Singapura selama dua hari bermula pada petang 13hb.Feb.1942, memang hebat dan menggerunkan. Pihak Jepun sendiri mengakui bahawa mereka menerima tentangan yang paling hebat dengan kehilangan askar Jepun yang amat ramai di Bukit Chandu ini. Walaupun akhirnya dapat menewaskan pertahanan terakhir British yang dipertahankan oleh satu platun Askar Melayu yang dipimpin oleh Leftenan Adnan bin Saidi itu, tetapi pihak Jepun mengalami kerugian yang besar, selain ramai anggota tentera Jepun terbunuh, banyak peralatan perang Jepun musnah. Sebagaimana yang diceritakan oleh Koperal 182, Yaakob bin Bidin bahawa Leftenan Adnan bin Saidi telah mengarahkan orang-orangnya tidak menembak jika tidak mendapat arahan dariapdanya. Walaupun sudah menerima arahan untuk berundur dari pegawai atasannya, Leftenan Adnan tetap bersemangat mahu mempertahankan kubu di Bukit Chandu itu, apatah lagi apabila setelah mendapat maklumat hampir semua pertahanan Tanah Melayu sudah jatuh ke tangan tentera Jepun. Leftenan Adnan telah berkata.” bertahanlah dengan berani dan ingat kepada Allah yang maha berkuasa.” Beliau menjadi lebih bersemangat dan sanggup mati apa lagi setelah mendapat tahu ketua pasukannya, Kapten Rix sendiri telah terkorban dalam pertempuran. Bagaimanapun perjuangan Leftenan Adnan berakhir pada petang 14hb.Feb.1942 apabila tentera Jepun dengan segala bala tentera telah melakukan serangan besar-besaran dan menghancurkan pertahanan askar Leftenan Adnan di Bukit Chandu.

Jasa perwira negara akan tetap diingati..semoga rohnya dan perwira negara dicucuri rahmat oleh Allah swt.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: