Penyu Oh Penyu..

23 12 2008

Selain Rantau Abang, di Terengganu, hanya 4 tempat sahaja tempat DI DUNIA yang menjadi tempat pendaratan penyu belimbing, jenis penyu yang terbesar di dunia, iaitu di pengairan Surinam, Irian Jaya, Costa Rica dan dekat dengan pantai Tongoland. Sejarah pendaratan penyu belimbing tidak dapat dibuktikan dengan tepat, tetapi nama Rantau Abang sebuah kawasan pantai yang indah dan permai menghadap Laut Cina Selatan kira-kira 60km ke selatan. Pernah dalam waktu persekolahan dulu, Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja, Lemal Pasir Mas, 1990/19991( Tingkatan 6 Atas), kelas ku pernah melawat Pantai Rantau Abang, untuk melihat penyu mendarat, alahamdulillah..waktu itu semua kawan-kawan dapat melihat penyu mendarat dan bertelor.. kini hampir 18 tahun waktu itu berlalu, entah lah kini masih adakah lagi penyu yang mendarat di Rantau Abang pun tak pasti.. Seperti yang aku baca berkaitan dengan penyu ini, sejarahnya bermula pada tahun 1956, sebanyak 1779 ekor penyu belimbing telah mendarat di Rantau Abang. Bagaimanapun, disebabkan gangguan orang ramai yang membuat bising semasa penyu sedang bertelor ini menyebabkan ia semakin kurang menghampiri pantai Rantau Abang. Pada tahun 1970, hanya 500 ekor sahaja dicatatkan penyu belimbing mendarat untuk bertelor dan pada tahun 1984, jumlahnya tidak sampai 250 ekor. Keadaan ini mencemaskan banyak pihak terutamanya kerajaan Negeri Terengganu sendiri yang bimbang sekiranya penyu belimbing tidak mendarat lagi di Rantau Abang yang akan memberi kesan kepada industri pelancongan nanti. Bagaimanapun, semenjak beberapa tahun yang lalu Penyu Karah, Penyu Agar, dan Penyu Lipas mula membanjiri beberapa pantai seperti di Melaka, Perak, Pahang, Sabah, Johor dan Sarawak. Mengapa pantai Rantau Abang begitu disukai oleh penyu-penyu untuk bertelor? Dalam kajian yang telah dilakukan oleh Sir Andrew Linston, 1994 dari Universiti Ohio ada menyebut bebarapa faktor yang menjadi faktor mengapa penyu-penyu suka bertelor di Pantai Rantau Abang, antaranya; kedudukan pantai Rantau Abang sepanjang 20km ini amat disukai oleh Penyu Belimbing kerana kedudukan pantainya yang luas dan agak redup serta tenang pada waktu malam. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Fakluti Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia, hanya seekor sahaja dari 10, 000 ekor anak penyu yang dilepaskan ke laut..( oh..bayangkanlah…nisbahnya..) berjaya menjadi penyu dewasa, yang lain mati sama ada dipukul ombak atau dimakan oleh haiwan-haiwan atau pun ikan di dalam laut. Jika hendak dikaji penyu bukanlah haiwan semulajadi di lautan negara kita, ia dilaporkan berasal daripada Amerika Selatan. Tetapi mengapa penyu sanggup berenang beribu-ribu kilometer jauhnya untuk Pantai Rantau Abang? Kini soalan itu tidak perlu dijawab kerana penyu telah merajuk dengan Rantau Abang. Barangkali benar kata-kata penulis J.M. Aziz, “Malam ini Penyu Menangis”.. wasalam..

Actions

Information

4 responses

23 12 2008
cik boneca chanteq

xpena pegi rantau abang. nak sgt tgk penyu bertelur. hee. =)

23 12 2008
sir NIK

pergilah sekali..pengalaman melihat penyu bertelor sungguh menarik..

24 12 2008
lilisindrawati.blogger.com

Di Indonesia juga ada pulau penyu, Sir. Di Nusa Dua, Bali. Di Jawa dan Sulawesi juga ada. Harus dilestarikan memang, agar tidak punah oleh tangan jahil manusia.

24 12 2008
sir NIK

ya ke.. alhamdulillah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: