Hero Filem Melayu Paling Tersohor: P.Ramlee

23 12 2008
Nama P.Ramlee tidak perlu diperkenalkan lagi kerana semua orang tahu. Dari yang setua-tua umur sehinggalah sekecil-kecil budak akan kenal dan mengetahui rupa, gaya hidup dan lakonan dan lagu-lagu nyanyian P.Ramlee. Malah dialog-dialog serius ataupun lucu dari filem-filem P.Ramlee dapat dihafal dan diingati oleh kebanyakkan peminat-peminat filem yang mengkaguminya. ( Termasuk aku yang amat minat tentang P.Ramlee). P.Ramlee telah lama dijemput pulang ke alam baqa oleh Allah swt, perginya Seniman Agong itu pada subuh 29hb Mei 1973 dalam usia 45 tahun ibarat yang patah akan tumbuh, namun yang hilang belum berganti hingga kini. Jasa-jasa besarnya yang diiktiraf sama da oleh kerajaan ataupun badan-badan seni. Pengiktirafan apa yang beliau tidak terima. Bermula dengan Pelakon Lelaki Terbaik Asia, menerusi Filem “Anakku Sazali” pada tahun 1956, Pelakon Serba Boleh ( Filem Ibu Mertuaku), Filem Komedi Terbaik ( Nujum Pak Belalang), Ciptaan Lagu Terbaik, Filem Komedi Terbaik ( Tiga Abdul) dan banyak lagi hasil seninya yang mengkagumkan. Beliau juga merupakan pelakon pertama di Malaysia yang menerima Pingat Ahli Mangku Negara (AMN), Pelakon Pertama bergelar SENIMAN AGONG, pelakon pertama yang mempunyai dua memorial ( Pustaka Peringatan P.Ramlee di Setapak dan Memorial Tempat Lahir P.Ramlee di Pulau Pinang. Untuk pengetahuan kawan-kawan ( dalam pemerhatian saya dan sedikit kajian), sepanjang hayat P.Ramlee, P.Ramlee telah memegang watak hero sebanyak 33 kali daripada 35 buah filem yang dilakonkannya dari tahun 1948 hingga 1972. Pencapaian itu belum dapat ditandingi atau dicabar oleh mana-mana pelakon di Malaysia hingga kini. Perlu disebutkan di sini, filem-filem di mana P.Ramlee memegang watak hero adalah yang mendapat sambutan hebat antaranya ialah filem Ibu, Salah Siapa, Penarik Becha, Anakku Sazali, Musang Berjanggut, Antara Dua Darjat, Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan banyak lagi ( kalau nak saya senaraikan..). Kisah hidup P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Nyak Putih penuh dengan suka duka. Beliau mengecapi zaman manis yang penuh dengan sanjungan semasa di Singapura iaitu bermula dari tahun 1956 hingga 1964. Di bawah ini saya nyatakan serba sedikit perkara berkaitan dengan P.Ramlee yang jarang diketahui umum.
  1. Setiap tepat jam 12.00 tengah malam P.Ramlee akan berhenti selama 1 minit daripada melakukan sebarang kerja yang dilakukan pada waktu itu.
  2. Terdapat banyak perkara yang dimulakan dengan 3 di dalam kehidupan P.Ramlee. Antaranya, filem bermula perkataan tiga, tiga pelakon utama dan banyak lagi.
  3. P.Ramlee mendapat bayaran teringgi dalam sejarah filem dalam Filem Bujang Lapok, iaitu sebanyak RM 30,000( 1958)
  4. P.Ramlee tidak mendapat sebarang bayaran untuk filem Ibu Mertuaku. walaupun memenangi ” The Most Versatile Actor” kerana perjanjian bertulis dengan Shaw Brothers, filem itu mesti disiapkan dalam tempoh satu bulan, tetapi P.Ramlee gagal menepati.
  5. Filem “Ibu Mertuaku” dimulakan pada malam Jumaat, atas nasihat ibunya ( Che Mah)
  6. Tunku Abd.Rahman ibni Putra Al-Haj, Perdana Menteri ( 1964) pernah menawarkan jawatan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan kepada P.Ramlee, tetapi ditolaknya kerana seandainya beliau menjawat jawatan menteri, aktiviti seninya akan mati
  7. P.Ramlee orang yang pertama mengasaskan perkataan “PAWAGAM” nama singkat bagi Panggung Wayang Gambar. ( sumber: Sheikh Ali- abag satu ibu P.Ramlee)
Amat besar jasa-jasa P.Ramlee pada negara. Sungguh tidak ternilai. Kehilangan P.Ramlee amat sukar dicari ganti hingga kini, dan pada 17hb Disember 2008 yang lalu, anaknya pula Nasir P.Ramlee pergi mengadap Ilahi. Semoga roh awrah P.Ramlee dan anaknya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang solehah..amin…

Actions

Information

6 responses

24 12 2008
Mak Su

kenapa pukul 12 tengahmalam? ada apa2 sebab istimewa?

betul ker tak dapat bayaran? kesiannya, tapi tentu atas sebab seni dan profesionalisme, dia tak merungut (tak merungut, kan?), rezeki di tangan Tuhan🙂

cerita penyu, eh… saya tak pernah tgk penyu bertelur…terasa nak skodeng2 juga puan-puan penyu, tentu sesuatu yg menarik dan baru bagi saya, kan.

24 12 2008
sir NIK

ya..mcm tulah cetenya..datanglah ke rantau abg..

24 12 2008
cik boneca chanteq

hurm. sgt sdey apabila mengetahui anak p.ramlee meninggal dunia baru2 neh. huhu.

24 12 2008
sir NIK

ya..moga allah swt mencucuri rohnya..amin.

25 12 2008
aH Lian~

sir NIK,
kita link page awak lor…maap dah ter’link’kan~
hehehehehe
jangan mare lor~

p/s:adik kepada terima kasih cinta’s blog~

25 12 2008
sir NIK

Ah Lian….dialu-alukan..:))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: