Ucapkan lah terima kasih…

16 12 2008
Panglima Angkatan Tentera Tan Sri kesal dengan tuduhan kononnya anggota penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik semasa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu.”Bukan ucapan terima kasih yang kami dapat sebaliknya dakwaan tidak berasas ini,” katanya pada majlis penyampaian kalender 2009 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di ibunegara hari ini, lapor Bernama. Selain dakwaan kononnya anggota penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik, ada juga yang menuduh anggota tentera minum arak selain dakwaan kononnya anggota penyelamat menyuruh penduduk menyelamatkan sendiri harta benda mereka. “Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam misi tersebut dan anggota-anggota yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah. “Sepatutnya masyarakat di situ berterima kasih kepada semua pasukan yang terlibat dalam operasi itu, bukan membuat dakwaan yang tidak berasas,” kata Abdul Aziz.Beliau berkata masyarakat sepatutnya menghargai pengorbanan anggota penyelamat yang terlibat. Abdul Aziz berkata operasi mencari dan menyelamat ATM telah ditamatkan sejak jambatan taktikal milik ATM dibuka dan jambatan kekal siap dibina dua hari lepas. “Kita telah menamatkan operasi…pihak tentera hanya terlibat dalam operasi ketika kecemasan sahaja. Operasi sekarang diserahkan kepada pihak majlis perbandaran dan polis,” katanya. Insiden tanah runtuh yang berlaku pada 4 pagi itu meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa dan meragut empat nyawa.


Actions

Information

2 responses

17 12 2008
Mak Su

tak tahu nak ckp apa, saya tgk tv, saya dgr kabar angin, tapi diharap semua ok dan terpelihara, amiin, insyallah

p/s: saya pun org Rembau🙂

17 12 2008
sir NIK

saya pun mcm tu maksu..saya kat rembau dah lebih 16tahun..apa nak buat bertugas di sini.happy kat rembau, org rembau baik2 dan peramah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: