Tak tahu nak tulis apa…

15 12 2008
Aku sebenarnya tak tahu apa yang nak ditulis pada pagi ni, selepas study sikit pagi tadi(abiskan bab2 yang belum diabiskan), aku cuba tengok-tengok blog rakan-rakan, memberi respons apa yang patut..teringat sms guru besar, yang suruh pergi sekolah pada pagi ni, katanya ada mesyuarat, ( tak dapt pergi cikgu, saya ada exam pagi ni..) lakukan mesyuarat tanpa saya, Perancangan Strategik Ko-Kurikulum nanti saya akan siapkan nanti (aku guru ko-kurikulum di sekolah) segala keputusan yang setuju dalam mesyuarat tu.. Selepas call rakan ku cikgu Husin, beliau menyatakan guru besar perlu adakan mesyuarat untuk memaklumkan yg dia sudah naik pangkat ke PPD Rembau.. Oh..Tahniah saya ucapkan kepada guru besar saya, Tn.Hj.Mohd.Azizuddin bin Sharif, yang baru 3 bulan melapor diri sebagai guru besar di sekolah saya, sudah dinaikkan pangkat ke PPD. Itulah rezeki Allah namanya Sin,kataku pada cikgu husin yang sama-sama bertugas dan pada aku, aku menganggap sebagai metor aku.. Tunjuk ajar serta nasihat yang cikgu bagi pada saya dan keseluruhan staf di sekolah tu, menjadi panduan atau azimat yang berguna pada aku. Entahlah..aku pun tak tahu nak tulis apa lagi…

Pukul 11 nak ke Melaka, mengambil exam..(IPPPM Melaka). semoga Allah swt membuka pintu hati aku untuk menjawab soalan dengan tenang dan lancar..insyallah…


Actions

Information

2 responses

15 12 2008
erisya nor

Moga Allah permudahkan segalanya buat sir Nik…lulus cemerlang!

15 12 2008
sir NIK

terima kasih erisya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: