Peranan Ibu Tunggal Dalam Institusi Keluarga Yang Berubah

13 12 2008
Menurut ‘The Star’, banci penduduk tahun 2000 menunjukkan bahawa terdapat 12,6810 ibu tunggal di Malaysia. Walaupun secara perbandingan ( dari pembacaan saya dan sedikit kajian) jumlah ini amat sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun, angka ini bolehlah dilihat sebagai indikator amaran tentang trend masyarakat Malaysia hari ini. Di Malaysia, institusi keluarga diberi pengiktirafan sebagai institusi sosial yang penting dalam masyarakat. Ia dilihat sebagai tulang belakang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga pada tahun 2001 merupakan testimoni penting kerajaan ke atas melindungi dan mengekalkan institusi asas masyarakat ini. Malah, salah satu misi utama kementerian ini ialah untuk mengukuhkan institusi keluarga di negara ini. Dalam konteks keluarga, keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal termasuk dalam bentuk keluarga tunggal ( single parent family). Tetapi perbincangan mengenai keluarga sebegini sering bertumpu kepada keluarga ibu tunggal. ‘Ibu Tunggal” merujuk kepada mereka yang berikut :-
  1. golongan wanita yang bersuaminya telah meninggal dunia dan mereka menjadi tunggak keluarga daripada segi membesarkan anak-anak dan mencari punca pendapatan;
  2. wanita yang diceraikan oleh suaminya dan mereka diberi hak ke atas penjagaan anak-anak;
  3. wanita yang ditinggalkan suami tanpa nafkah sara hidup diri dan anak-anak; dan juga
  4. wanita yang tinggal berasingan dengan suami tetapi menjadi ketua keluarga ( sumber: http://www.kpwkm.gov.my.- menurut sumber ini juga wanita-wanita berikut juga tergolong dalam kelompok ibu tunggal, iaitu mereka yang sedang melalui proses penceraian yang panjang dalam tempoh ini anak-anak diletakkan di bawah jagaan mereka)

Realitinya, apabila sesebuah perkahwinan berakhir, anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Ini menjadi fokus perbincanagn tentang peranan kaum ibu dalam mereka mengimbangi peranan sedia ada mereka dengan peranan yang diambil alih daripada kaum bapa. Berkait dengan perkara ini ialah masalah kewangan yang dipikul oleh keluarga ibu tunggal ini. Oleh kerana kehilangan pasangan- sama ada dengan penceraian atau kematian atau ditinggalkan- membawa bersama kehilangan punca pendapatan utama, golongan ibu tunggal terpaksa memikul tugas menyara keluarga mereka. Ini semestinya akan membebankan kerana mereka juga menjalankan tugas menyara keluarga dan mendidik anak-anak.

Walaupun institusi keluarga masih kekal penting, namun perkahwinan pada hari ini mempunyai risiko yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan masa lepas. Diharapkan pihak-pihak yang berkenaan mengambil dan memberi peranan yang jitu bagi membantu golongan ini.


Actions

Information

2 responses

14 12 2008
erisya nor

salam kenal , memang getir kehidupan ibu tunggal ni…namun eriysa tabik spring kepada mereka yang berani memilih untuk hidup bersama anak2 dari terus dibelenggu kezaliman suami.

14 12 2008
sir NIK

ya.. memang diakui golongan ini amat cekal dan tabah.. tq kerna respons.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: