Selamat Datang Ke Negeri Sembilan, Negeri Beradat..

2 12 2008
Negeri Sembilan yang terletak di bahagian tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia, merupakan negeri yang kecil namun kaya dengan khazanah kebudayaan dan sejarah silam yang gemilang. Negeri Sembilan mendapat namanya berdasarkan 9 buah daerah yang diperintah oleh ketua-ketua adat pada zaman dahulu. Negeri Sembilan biasanya dikaitkan dengan dengan pengaruh Minangkabau yang kini dapat dilihat dari bentuk bumbung-bumbung rumah yang berlengkuk seperti tanduk kerbau( amat banyak di daerah Rembau/Kuala Pilah/Johol/jelebu- pada hemat dan pemerhatian saya..) Pada saya hingga ke hari ini saya teramat kagum dengan kewujudan satu sistem adat yang sangat unik dan tidak terdapat walau di mana-mana kecuali di negeri sembilan. Sistem SEMENDA yang memberi keutamaan kepada kaum wanita ini masih menjadi pegangan kuat sebagai teras utama sewaktu menjalankan kerja-kerja majlis adat budaya seperti perkahwinan dan juga tarian-tarian tradisi. Bandar Seremban selaku ibu negeri yang sangat pesat membangun lebih-lebih lagi semenjak berada di bawah pemerintahan Menteri Besar Dato’ Seri Utama Hj.Mohamad bin Hj.Hasan amat terserelah membanguan dari semua aspek pembangunan. Pada saya, saya ibaratkan Negeri Sembilan sebagai Negeri Keindahan Khazanah Dan Budaya Warisan. Kalau anda pernah pergi ke Negeri Melaka, selepas Tol Air Keroh terdapat papan tanda yang berbunyi ” Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia” saya berpendapat “Melawat Negeri Sembilan Membuka Khazanah Warisan Dan Budaya Bersejarah” Anda boleh melawat Muzium Lukut tempat yang amat bersejarah ( seolah-olah telah dilupakan) Kota Lukut yang dibina oleh Raja Jumaat bin Raja Jaffar yang dibina pada tahun 1847 merupakan satu tempat yang bersejarah di Negeri Sembilan.
Satu lagi tempat yang bersejarah di Negeri Sembilan ialah di Pengkalan Kempas yang terletak kira-kira 35km dari Pekan Port Dickson. Di sini terletaknya Pusara Sheikh Ahmad Majnum, seorang tokoh agama yang terbilang dari Sumatera. Satu lagi yang menarik di sini ialah wujudnya batu-batu megalit yang dikenali sebagai batu hidup di kawasan yang sama. Menurut kepercayaan penduduk tempat yang saya temui, batu-batu tersebut boleh tumbuh atau bergerak dengan sendiri.
Bagi yang penggemar kepada kehijauan dan kedamaian, anda juga boleh meneroka hutan rimba, bukit bukau dan sungai-sungai di Negeri Sembilan yang sangat sesuai untuk tempat berekreasi dan beriadah. Anda boleh melakukan aktiviti mendaki Gunung Angsi di Kuala Pilah, mandi-manda di Hutan Lipur Ulu Bendul, mendaki Gunung Datuk di daerah saya tinggal , iaiatu Rembau, boleh pergi ke Air Terjun Lata Kijang yang terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi, yang merupakan air terjun yang tertinggi di Malaysia.
Tidak bermakna melawat Negeri Sembilan seandainya tidak melawat Port Dickson. Persisiran pantai Port Dickson yang cantik merupakan tempat perkelahan yang amat popular di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Seremban, pantai Port Dickson merupakan antara pantai yang terpanjang di Malaysia dan ianya menjadi tumpuan para pengunjung untuk berkelah sambil menikmati keindahan alam sekeliling. Di sini (PD) anda pasti damai apabila melihat ombak Laut Selat Melaka gemulai memukul tepian pantainya yang dibarisi pohon-pohon rhu dan kelapa.
Jesteru itu silalah melawat Negeri Sembilan..

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: