Sejarah Kesultanan Negeri Kelantan.

20 11 2008

Sejarah awal negeri Kelantan belum diketahui dengan dengan pasti. Catatan daripada pedagang-pedagang Eropah dan China yang ditulis di masa lalu sedikit sebanyak boleh memberi gambaran tentang asal-usul dan sejarah negeri Kelantan. Berikut sedikit catatan seperti yang dimaksudkan:
  1. 1. Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, yang berasal dari Yunani, dalam bukunya ‘Geography Of Eastern of Asia’ yang ditulis dalam abad ke 2M, disebutkan 3 nama tempat iaiatu “Kole Polis”, “Primula” dan “Tharra” yang terletak di pantai timur semenanjung Tanah Melayu.

2. G.E.Germini, pengkaji yang berbangsa Itali menyatakan bahawa “Kole Polis” terletak di Kelantan. Beliau berpendapat nama “Kelantan” ialah gabungan kata dari “Kalo” dan “Thana” atau “Tanah” sehingga menjadi “Kolathana” atau “KolamTanah” atau “Kolantan”.

3. Sejak Abad ke 6M, catatan-catatan sejarah China menyebut Kelantan dengan pelbagai nama.Pada masa kerajaan Liang ( 502-577M), orang cina menyebut “Tan-Tan”. Pada masa kerajaan Tang ( 618-906M), orang cina menyebut “Tann-Tann”. Semasa kerajaan Sung (960-1279M), Kelantan disebut sebagai “Chai-lan-Chau” atau Chi-La-Tan”. Pada awal abad ke 17M, Kelantan disebut sebagai “Ko-la-tan atau “Ku-la-tan”.

4. Selain ‘Tan-Tan dan “Tann-Tann” ada sebuah negeri lagi yang disebut-sebut oleh orang China iaitu”Chit-tu” yang bermaksud “Tanah Merah” dan dikaitkan dengan negeri Kelantan.

Berdasarkan geografi, sebahagian ahli sejarah berpendapat bahawa “Chit-tu”(Tanah Merah) atau ” Raktamirittka” adalah Kelantan itu sendiri. Seorang pakar sejarah Eropah, Paul Wheatly, cenderung untuk mempercayai bahawa Chit-tu terletak di Kelantan. Hal ini bermula daripada sejarah Raktamirittka yang didirikan oleh Raja Gautama,Putera Raja Kalahtana. Chit-tu pernah menjadi jajahan takluk oleh Sriwijaya.

Pada tahun 1411M , negeri Kelantan mula dipimpin oleh seorang yang bernama Raja Kumar.Namun pakar-pakar sejarah belum menentukan daripada mana asal Raja Kumar. Hanya ada sebuah data yang menyebut Raja Kumar pernah menjalinkan hubungan dagang dengan negara China. Contohnya pada tahun 1412, Raja Kumar menerima pemberian kain-kain sutera, dan surat puji-pujian daripada negara China. Raja Kumar mangkat pada tahun 1418M, ianya digantikan dengan Sultan Iskandar Syah.Berdasarkan manuskrip Sejarah Melayu, Sultan Iskandar merupakan cucu kepada Raja Culan. Raja Negeri Ganggyayu atau Klang Kio, yang terletak di hulu sungai Johor. Ada sumber lain, menurut buku Nik Muhammad Ismail, dalam bukunya “Ringkasan Cetera Kelantan” bahawa Raja Culan merupakan Raja Negeri Perak. Belum ditemukan maklumat atau data hubungan kekerabatan antara Raja Kumar dan Sultan Iskandar Syah. Juga belum dipastikan bagaimana pengaruh Islam memasuki negeri Kelantan kerana panggilan”sultan” bermaksud seseorang raja itu telah menganut agama Islam.

Berikut dinyatakan salasilah sultan-sultan yang pernah bertaktha di Kelantan.

1. Raja Kumar ( 1411-1418M)

2. Sultan Iskandar ( 1418-1465M)

3. Sultan Mansor Syah ( 1465-1526M)

4. Sultan Gombak ( 1526-1584M)

5. Sultan Ahmad ( 1584-1588M)

6. Sultan Husin ( 1588-1610M)

7. Cik Siti Wan Kembang ( 1610-1663M)

8. Raja Loyar ( 1663-1649M)

9. Raja Umar ( 1675-1719M)

10. Long Besar atau Long Bahar ( 1719-1733M)

11. Long Sulaiman ( 1733-1756M)

12. Long Pendek ( 1756-1758M)

13. Long Muhammad ( 1758-1762M)

14. Long Gaffar ( 1762-1775M)

15. Long Yunus ( 1775-1794M)

16. Sultan Muhammad ( 1794-1839M)

17. Sultan Muhamad II atau Sultan Muhamad Mulut Merah( 1839-1886m)

18. Sultan Muhammad III ( 1886-1900M)

19. Sultan Muhammad Ke IV- ( Long Senik b.Long Kundur) ( 1900-1920M)

20. Sultan Ismail (1920-1944M)

21. Sultan Ibrahim Petra ( 1944-1960M)

22. Sultan Yahya Petra ( 1960-1979M)

23. Sultan Ismail Perta ( 1979- hingga sekarang)

Kesultanan Negeri Kelantan telah terdiri hampir 6 abad lamanya. Dalam rentang sejarah yang panjang, negeri Kelantan pernah mengalami zaman perpecahan dan peperangan. Hal itu bermula semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang. Pada mulanya, wilayah Kelantan mulai berdiri sebagai wilayah yang kecil sahaja. iaitu Kerajaan Jembal. Kemudian Kelantan dikuasai oleh Keturunan daripada Pattani yang merantau ke Kelantan, iaiatu semasa pemerintahan Long Bahar. Pada masa pemerintahan Long Yunus, Kelantan kembali bersatu kembali.

Semoga catatan ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada semua…


Actions

Information

2 responses

2 12 2008
hani@debumelukut

tq..kita orang kelate pun tak tau sejarah kelantan ni…bila nak ke kelantan?

20 01 2009
sir NIK

saya org kelate ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: