Kenangan di MPRM..Kawan-kawan Sudi-sudikanlah..

18 11 2008
Kepada kawan-kawan di MPRM/ 1993/1995.

Melangkah kaki ke MPRM merupakan satu kenangan yang sangat bermakna kepada aku. Ya lahh..satu pada waktu tu, dapat melangakh masuk ke institusi perguruan kira beruntung jugaklah.. Selepas selesai urusan pendaftaran kemasukan pelatih, aku ditempatkan di asrama Blok Jelebu betul-betul berhadapan dengan cafe. Aku ditempatkan di kelas PMCT 6 dan dalam masa-masa yang tertentu akan digabungkan dengan kelas PMCT 5. Banyak kenangan pahit manis sewaktu minggu suaikenal atau lebih tepat dinamakan minggu orientasi..pelatih-pelatih senior bukan main lagi “berlagak” dengan aksi ragging mereka. Dalam ramai-ramai kawan kita ( rizal, Jemi, Ju, Abg Yoh, Zapri, Vasu, Keri, Firdaus, Rizal, Shahrol Azmi dan ramai lagi) aku yang paling teruk kena ragging. Vasu aku masih ingat kena hingga menangis..tu kira ok jugaklah..tapi aku ni sampai kena “joget sampai pagi dalam bilik senior” kena suruh tiup lampu sampai padam ( gila betoi..) dan macam-macam lagi.. Buat Rizal, kau masih ingat ke kita kemalangan di dalam maktab langgar Wira Pensyarah Ustazah? Dalam sejarah, tidak pernah berlaku dalam kawasan maktab berlaku kemalangan, cuma kita saja Rizal. tak pasal-pasal seminggu cuti kuliah kerana kemalangan tu..( kepada pensyarah kita..kami minta maaf banyak-banyak..nak cepat pergi GERKO). Kepada sharul azmi, bukan main lagi kau ya..kecoh satu maktab..cara-cara kau..! tapi aku yang kena.. gara-gara kau yang tampal kenyataan ” Lawatan ke Universiti Chulangkornm, Bangkok. Bayaran : RM 200.00. Cepat Daftar Nama kepada ketua unit”. Kecoh satu maktab..ramai yang terpedaya..termasuk kawan kita, abg yoh, siap minta duit daripada ayah di kampung bagi tujuan lawatan ni..tapi rupa-rupanya semuanya tipu..April Fool la konon…sharul..orang kata aku..yang buat. Kelakar dan lawak betul saharol.. Walau apapun kenangan dengan kawan-kawan kita tu..bila diingat kembali happy jugak.. kepada sahrol, aku dengar khabr daripada kawan-kawan yang kau “buka cawangan baru.” aku amat bangga pada kau. Ya lah..kat maktab pun kau hebat, berada di luar pun lagi hebat… antara kawan-kawan kita (ketua unit kita- cikgu Zapri- sekarang dia jadi kaunselor di SK Pedas, Rembau), Vasu (SK Ladang Chembong), Cikgu Wan Affendi- SKUR semua rakan-rakan baik kita. Kepada yang telah sambung belajar dan dah dapat DG 41, tahniah buat kalian.. Buat Zul, yang kini dah jadi pensyarah-tahniah aku ucapkan. Cuma fareh dan Rizal yang aku terputus hubungan terus.. tak tahu kat mana kau mengajar..hilang tanpa berita.. kepada Bob, ( aku rasa masih mengajr di Cini, Pahang) terima kasih kerana banyak tolong aku dalam apa saja, terutama semasa kita tinggal di rumah sewa di tepi sekolah Salak Nama lewat 14 tahun yang lalu..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: