Demam Chikungunya….

17 11 2008
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga bulan Oktober 2008 sahaja sebanyak 2400 kes demam Chikungunya telah dilaporkan. Walaupun jumlah ini tidaklah sehebat demam denggi yang mencatat jumlah sebanyak 28000 kes di seluruh negara, namun ia perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat setempat dan jabatan kesihatan di seluruh negara. Apakah sebenarnya penyakit ini? ramai rakan-rakan malah rata-rata masih keliru dengan sebutan “chikungunya” pelik saja bunyinya ni.. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang disebabkan oleh virus genus Alphavirus yang tergolong dalam keluarga Togaviridae. Penyakit ini mula dikesan melalui ujian darah pada tahun 1953, di Tanzania. Sejak kejadian itu chikungunya mula di kesan di negara-negara seperti Afrika, Asia seperti India, Indonesia, Filipina dan negara kita Malaysia. Perkataan “chikungunya” berasal daripada perkataan Makonde. Ia bermaksud sesuatu yang melengkung ke atas merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang disebabkan oleh gelaja artritis.

Simptom atau tanda-tanda seseorang mengalamai demam ini ialah;

a. Demam panas secara mengejut
b. Sakit kepala dengan teruk dalam beberapa hari
c. Timbul ruam kemerah-merahan di tubuh selama 3 atau 5 hari
d. Mata seseorang akan menjadi merah dan diikuti selsema beberapa hari

Virus chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk aedes aegypti dan aedes albopictus yang turut menjadi punya demam denggi. Seseorang akan mendapat chikungunya apabila digigit oleh kedua-dua nyamuk tersebut. Dengan belang hitam putih di badan dan kakinya, nyamuk aedes biasanya akan menggigit mangsanya pada awal pagi dan senja. Virus ini akan berkembang dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat usia, dari golongan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

Kepada anak-anak muridku yang menghidap penyakit ini ( hampir seminggu tidak hadir sekolah sebelum cuti hari tu), Mohd Nazrul Idham, Mohd Afiq, dan ramai lagi, cikgu mendoakan agar kamu cepat sembuh… insyallah..!


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: