Cerita Disebalik Pembunuhan J.W.W.Birch Residen Inggeris Yang Pertama Di Tanah Melayu

20 01 2009

  1. Sebelum kedatangan James Wheeler Woodford Birch (J.W.W. Birch), pembesar-pembesar Melayu telah berpecah tiga kerana merebutkan takhta berikutan kemangkatan Sultan Ali ibni Sultan Shahabuddin Riayat Shah, Sultan Perak yang ke-24 ( 1865-1871 ), tetapi tidaklah sampai merosakkan negeri Perak yang amat kaya dengan bijih timah itu.
  2. Kehadiran lelaki Inggeris, bertubuh kurus, bermisai melenting, berwajah bengis, berambut kerinting nama panjangnya ialah James Wheeler Birch, Residen Inggeris, di Pasir Salak yang pertama di Tanah Melayu.
  3. J.W.W Birch dilantik sebagai Residen Inggeris pada bulan Januari 1874 telah merubah segala-galanya landskap situasi politik dan pemerintahan di Perak.
  4. J.W.W.Birch merupakan seorang Residen yang paling angkuh. Suka memperlekeh dan merendah-rendahkan kedaulatan Perak telah menerbitkan api dendam yang membara dalam dada Orang-Orang Besar Perak, sehinggakan terbit gerakan sulit untuk membunuh J.W.W.Birch.
  5. Dato’ Maharaja Lela, Pembesar Perak yang pertama menyuarakan rasa tidak senang hati dengan tindak tanduk J.W.W.Birch ( Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berempat Perak yang berkuasa di sekitar kawasan Pasir Salak ).
  6. Tercatat dalam sejarah, sebab yang sebenarnya J.W.W.Birch dibunuh ialah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah Muhammad Shah II, yang ditabalkan menjadi Sultan Perak, sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 17hb Januari 1874.
  7. Permusuhan ini semakin tegang sehingga Sultan Abdullah yang tidak dapat menahan rasa marah telah menghantar surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di Singapura.
  8. Permusuhan secara terbuka berlaku, J.W.W Birch menggunakan kedudukannya sebagai Residen telah meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk membolehkannya mengambil alih kerja-kerja mengutip cukai, namun ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdullah.
  9. Pada 20hb Julai 1875, J.W.W.Birch, sekali lagi beliau mendesak Sultan Abdullah menurunkan tandatangan kali ini berserta dengan ugutan, Sultan Abdullah akan diturunkan daripada takhta seandainya enggan menandatangani surat penyerahan kuasa tersebut.
  10. Mesyuarat secara sulit untuk membunuh Birch bermula.Mesyuarat di adakan di Durian Sebatang pada 21hb Julai 1875.Semua pembesar bersetuju.
  11. Sultan Abdullah mengarahkan Dato’ Maharaja Lela melaksanakan tugas membunuh birch. Telah ditetapkan pada pada 02hb November 1875, sewaktu Birch melawat Pasir Salak.
  12. Saat yang ditunggu akhirnya tiba juga, perancangan sulit yang telah diaturkan oleh Dato’ Maharaja Lela telah disempurnakan oleh Pandak Indut dan Si Puntum.
  13. Residen Birch baru saja balik dari lawatannya di Pasir Salak, melihat kerja-kerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih ke atas pungutan cukai. Mungkin cuaca petang itu panas, Birch mengambil keputusan untuk mandi di rumah rakit yang dibina berhampiran perahu kenaikkannya. Beliau bercadang untuk bermalam dalam perahu dan akan balik ke Bandar Baru pada keesokkannya.
  14. Sedang Birch menjirus badannya, Pandak Indut, seorang pendekar terhandal perak merejam lembing ke arah tempat Birch mandi.
  15. Rejaman lembing tepat singgah di dada Birch, lantas jatuh berguling di dalam Sungai Perak.
  16. Birch masih bernyawa, beliau cuba berenang hendak naik sambil meminta tolong. Bagaimanapun, belum sempat Birch timbul, dengan pantas, Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjang.
  17. Mayat Birch tenggelam dan hanyut. Mayatnya ditemui pada petang keesokkan harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian.

  • Peristiwa Semasa Bermesyuarat Untuk Membunuh J.W.W.Birch

  1. Sebanyak 7 kali mesyuarat diadakan ( semenjak bulan Mac hingga September 1875 ) oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan Orang-Orang Besarnya sebelum mendapat keputusan muktamad untuk membunuh Birch.
  2. 5 cara dicadangkan. Laksamana mencadangkan Birch diracun, Dato’ Maharaja Lela mencadangkan Birch ditikam, Dato’ Sagor mencadangkan agar Dato’ Abdullah menyerang Bandar Baru dan membunuh Birch, dan Sultan Abdullah mencadangkan bermain hantu.
  3. Mesyuarat terakhir membunuh Birch di Pasir Salak, berlangsung di Rumah Dato’ Maharaja Lela, pada 30 hb Oktober 1875. Dato’ Maharaja Lela yang diberi kuasa membunuh telah menganugerahkan baju, tengkolok, dan pedang kepada Pandak Indut sebagai mewakilinya membunuh Birch.
  4. Birch tiba di Pasir Salak dari Bandar Baru ( Kediaman Residen ) dengan menaiki “Perahu Naga”, pada pukul 10.00 malam, Ihb November 1875. Birch diiringi Lef. Abbot, Mat Arshad (juru bahasa ) dan 10 orang sepoi ( askar )
  5. Pada pukul 2.00 pagi, 2hb November 1875, Birch menemui ajal, direjam dengan lembing oleh Pandak Indut disusuli Si Puntum yang menetak, membelah kepala J.W.W.Birch.
  6. Semasa kejadian askar J.W.W.Birch yang dipimpin oleh Left.Abbot sedang pergi memburu di Kampung Gajah.

Kisah yang saya tuliskan ini adalah kisah yang benar-benar berlaku dan saya juga ada membuat penyelidikan serba sedikit, membaca berpuluh-puluh buku, dalam dan luar negara termasuk telahpun pergi di Pasir Salak, (sambil membawa murid-murid melawat tempat bersejarah di Perak, termasuk Pasir Salak)

About these ads

Actions

Information

14 responses

20 01 2009
Mak Su

wow! sangat informative, saya selalu kagum dengan cara mereka memberontak, darah pejuang asli

20 01 2009
sir NIK

salam…mak su terima kasih kerana sudi melawat dan meninggalkan sedikit ulasan..

20 01 2009
CINTAMANISZ Lite

tq sebab jenguk blog saya. Saya dah pun masuk blog sirNik tapi belum menjelajah abes lagi. Insyaallah..bila2 nanti.

20 01 2009
sir NIK

ssalam…saya pun terima kasih jugak..

21 01 2009
anida anuar

bagus nye entri ni…sya suka baca .teringin nak pergi pasir salak pulak…

21 01 2009
::SRISUFI::

salam sir nik..

sangatlah jarang org mengupas sejarah se’detail’ ini…serius..sangat bagus sir…

terima kasih.

21 01 2009
Lis Indra

Perbedaan antara Malaysia dan Indonesia dalam sejarah adalah:

Malaysia dijajah Inggris
Indonesia dijajah Belanda

Walau pada akhirnya Malaysia lebih maju daripada Indonesia

Salam Sir…

21 01 2009
sir NIK

salam..anida..apa yang saya baca..saya kongsilah dengan sahabat2 saya..mungkin dapat sedikt ilmu pengetahuan..tahu pasal sejarah kita..memadailah.:)

21 01 2009
sir NIK

salam..SriSufi..entri yg biasa saja..sekadar mahu berkongsi dengan sahabat saya saja..( nak ingatkan kembali tentang sejarah kita.)

21 01 2009
sir NIK

salam…Lis Indra..sejarah tidak pernah menipu kita..jesteru itu kenalilah bangsa, kita..agar sejarah pahit dijajah tidak berulang..salam persaudaraan serumpun..dari malaysia..:)

21 01 2009
fahmi latiff

emmmm menariknyer… sir
tahu la pulak pasal cerita ni…:)
tq kongsi info ni.. :)

21 01 2009
sir NIK

salam…MI..mestilah tahu..saya ada la buat sedikit kajian..dan banyak membaca..saja mahu berkongsi info saja Mi.,

21 01 2009
DrSam

hasil minat dan penyelidikan yang mendalam terhadap sejarah tempatan menghasilkan maklumat yang terperinci dan tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Tq sir.

21 01 2009
sir NIK

salam…DrSam..terima kasih melawat blog saya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: