Punca Angin Dalam Badan..

19 01 2009

Seperti biasa setiap hari Isnin, kat sekolah ada perhimpunan pagi. ( macam sekolah-sekolah lain la jugak..), Dalam masa aku berucap dalam setiap perhimpunan pagi(perhimpunan rasmi) pagi tadi, ada murid yang terkentut. dalam suasana yang hening pada pagi tadi, memang jelaslah terdengar. Apa lagi..berdekah-dekah la murid-murid lain gelak, puas aku menyuruh murid agar diam, namun dia orang anggap itu lucu.. ya mungkin lucu la agaknya.. Kesian murid tu menanggung malu..maka aku pun cover la murid tu..mana yang patut..

Bertitik tolak dari kejadian pagi tadi, aku tercetus idea untuk menulis berkaitan “angin dalam badan”, apakah punca angin dalam badan?” saya akan jelas kan nanti..

Apakah sebeanrnya gas atau angin dalam badan?

  • Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.
  • Gas atau angin di dalam sistem penghadaman ( tenggorok, perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

  • Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini adalah kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.

  1. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri. Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan.

  • kacang
  • sayuran seperti brokoli,
  • kubis
  • tauge
  • bawang
  • asparagus
  • buah-buahan seperti pir, epal. dan pic
  • bijirin seperti roti gandum
  • minuman ringan dan jus buah
  • susu dan produk daripada susu dan keju
  • makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

2. Banyakkan minum air kosong.

3. Kurangkan udara yang anda sedut.

  • makanlah perlahan-lahan dan kuyah lebih.
  • elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah
  • Jika anda merokok, berhentilah!

4. Sediakan jadual. Tuliskan jenis2 makanan yang menyebabkan masalah angin

About these ads

Actions

Information

11 responses

19 01 2009
Aisyah

salam…hahaha lucukan kalau crita pasala angin dalam badan niee…tapi bagi yang mangalami masalah banyak angin dalam badan mcm miss chah niee..mmg siksa…ada kalanyaaa nak sedawa tu azab betul sbb angin x nak kluar…thanks for tips..

20 01 2009
erisya nor

alamak sir….sumer makanan tuh feveret erisya lahhh….patutlah angin ! eh…bukan angin satu badan…angin dalam perut jer :)

20 01 2009
MariaFaizal

Apparently I’ve read similar entry in CaBaiKeRinG’s :)

Agak nya World’s Farting Day kot?….. he he he.Just kidding :)

To to share an experience that to some people farting (in public) is not something funny (or a taboo). I was in a bus and this Aussie guy who sat next to me said “Excuse me” right after a ‘familiar sound exploded’ It’s not the sound that I’m terrified at, it’s the smell.

Luckily nothing smelt funny :)but I just held my breath, just in case….

20 01 2009
fahmi latiff

sir nik…. :)

rupa2 nya kawan kita banyak angin..:) fahmi pun ada jugak sir…:)

sir nik ni best la banyak info…

20 01 2009
fahmi latiff

oh yer sir nik

lagu matahari ni buatkan fahmi ralik best jugak lagu ni …

masuk blog sir rasa tak nk kuar jer… nak dengar lagu matahari…. heheh…

20 01 2009
Ayu

menarik la.. saya nih hangn satu badan la poknik. mmg betul sesetengah pemakanan tuh membawa kesan.. mcm saya x leyh minam susu soya.. kalu minum gak.. alamatnya saya muntah dan pening..

20 01 2009
sir NIK

salam….cikgu Aisyah..adakala nya memang melucukan..tapi kalau dah x boleh tahan..mcm mana?? keluar salah lah..

20 01 2009
sir NIK

salam…sama jugak dengan saya erisya…tq kerana melawat my blog

20 01 2009
sir NIK

salam..tak apa sama tapi tak serupa.. apapun..tq bagi ulasan

20 01 2009
sir NIK

salam..Mi. yalah semua kwan2 kita banyak angin..sama jugaklah saya.. apapun tq..ya lagu Matahariku..memang best..

20 01 2009
sir NIK

salam…ayu..terima kasih kerana bagi ulasan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: