Kapal Flor De Lamar..

22 12 2008

Kapal Flor De La Mar milik Portugis ( Replika )

Apabila kita berada di Negeri Hang Tuah Melaka, Bandaraya Bersejarah, tidak lengkap kalau kita tidak melawat Banda Hilir, di Banda Hilir rasanya semua mengetahui wujudnya akan replika kapal yang tersergam indah memukau mata sesiapa yang memandangnya. Mungkin ada yang mengetahui dengan lebih lanjut akan kapal tersebut, apa nama kapal tu. Kepada yang mungkin belum mengetahuinya, saya akan menjelaskan serba sedikit mengenainya..insyallah..mungkin dapat pertambahan ilmu pengetahuan kepada sesiapa yang membacanya..
  1. Nama kapal ni ialah FLOR DE LA MAR.
  2. Sebuah kapal Portugis yang dibina di Lisbon.
  3. Digunakan sebagai kapal perang induk ketika menghadapi perang di laut.
  4. Kapal perang utama yang mengetuai angkatan laut untuk menyerang Melaka pada tahun 1511.
  5. Digunakan oleh Alfonso De Albuquerque untuk berulang alik ke Goa( India ) dan Lisbon.
  6. Diakui sebagai kapal milik Portugis yang paling besar dan mempunyai peralatan perang yang serba lengkap.
  7. Terlanggar batu karang dekat Jambu Aye, Acheh pada malam 1512 dan tenggelam. Bersemadi di dasar Laut Selat Melaka sejak lima kurun yang lalu.

Kapal Flor De La Mar merupakan sebuah kapal yang mashyur. Sebelum tahun 1511, ia merupakan sebuah kapal perang harapan kepada bangsa Portugis dalam mengekalkan penguasaan mereka di Goa, India pada kurun ke 16. Selepas tahun 1511, kehebatan kapal ini bertambah lagi. Kali ini bukan disebabkan menang dalam peperangan, sebaliknya kerana ia pecah dua dan tenggelam setelah dilanda ribut taufan dan terlanggar batu karang besar berdekatan dengan Tanjung Jambu Aye, Acheh dalam tahun 1512. Tenggelamnya ia di dasar laut Selat Melaka yang gelap dan berlumpur itu terus menjulang kemashyuran namanya kerana ianya tenggelam bersama barang-barang berharga seperti emas, intan berlian, barang-barang tembaga yang diambil dari Istana Melaka yang hancur akibat diserang Portugis itu.

Demikianlah kehebatan kapal yang bernama Flor De La Mar sehingga kini, kerajaan Negeri Melaka tidak sanggup untuk melupakan kapal ini, walaupun ianya sudah bersemadi begitu lama di dasar laut. Sebagai tanda ingatan, ianya dibina semula mengikut rekabentuk asalnya, tetapi bukan untuk kapal perang sebaliknya replika ini dijadikan Muzium Samudera tanda ingatan kepada Kapal Flor De La Mar. Replika muzium kapal terbesar ini berharga RM 3.8 juta. Direka oleh arkitek dari Jabatan Kerja Raya, Encik Kamarudin bin Mohd. Said dan dibina dengan menggunakan kayu jenis bermutu tinggi oleh orang pembuat kapal yang mahir dan terkenal di negeri Terengganu. Muzium Samudera ini dibina pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai oleh Dato’ Seri Dr.Mahathir b.Mohamad, pada 13hb Jun 1994. Muzium Samudera ini terletak di tepi Sungai Melaka, tempat yang dipercayai berlakunya serangan Angkatan Portugis ke atas Melaka kira-kira lima kurun yang lalu. Muzium Samudera ini dibina begitu rupa bagi menimbulkan suasana sebenar berada di dalam sebuah kapal yang sedang belayar dengan susunan-susunan peralatan pelayaran yang bersejarah. Terdapat beberapa pameran yang berkaitan dengan sejarah pelayaran dan kesultanan Melaka dipamerkan di dalam muzium tiga tingkat ini. Paparan sejarah banyak dilahirkan dalam bentuk tulisan, lakaran peta, replika kapal-kapal purba, termasuk jua barang-barang yang ditemui di dasar laut seperti peti besi, tempayan dan cebisan-cebisan rangka kapal purba.

Dalam beberapa tinjuan yang dilakukan oleh saya melalui penelitian, pembacaan berkaitan dengan kapal ini, replika kapal ini merupakan antara 13 daya penarik orang ramai untuk datang ke Negeri Melaka ( selain shoppling di Mahkota Prade dll). Dalam Novel 1511, ada sekurang-kurangnya 6 perenggan yang memerihalkan tentng kegagahan kapal Flor De La Mar ini.

“Kau tidak tahu di atas geladak bahtera Flor De La Mar, Albuquerque sedang menyusun rencana. Mereka bersedia mengepung Melaka seberapa lama pun. Mereka perlu menambah pengkhianat di dalam kota. Kalau boleh, orang-orang luar. Orang-orang asing yang tidak merasa bertanggungjawab. Juga mereka yang bukan beragama Islam akan membantu Portugis yang bukan Islam, begitulah hingga akhir zaman, kata Albuquerque” (1515:63)

“Kau tidak tahu Nyemah, di atas bahtera Flor De La Mar itu termuat tiga ribu pucuk meriam, dengan dua ribu daripadanya diperbuat daripada gangsa, senapang, sumpitan, busur dan panah lembing serta tombak. Gelang, rantai loket, cincin permata, mahkota permaisuri, mutiara, pedang bertatah baiduri dan keris-keris bersalut emas turut di sumbat sekali. Kain-kain songket, tenunan dan pelbagai jenis tikar yang sempat dirampas dari rumah para pembesar dan orang kaya Melaka bergulungan bertimbun-timbun”( 1515:246)

Kini semua ini tinggal sejarah negara. Semoga negara kita yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi untuk selama-lamanya…

About these ads

Actions

Information

2 responses

23 12 2008
Mak Su

tq info ni… biasa gaks melawat kat situ, tapi selalu time panas terik, hati pun berdengung2…

:)

23 12 2008
sir NIK

terima kasih kerana respons maksu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: